Pertembungan 2 musuh tradisi dalam aksi bola sepak antarabangsa melibatkan Brazil dan juga Argentina sering menjadi tumpuan dunia.
Namun begitu seperti perlawanan bola sepak yang lainnya, hanya ada satu pemenang sahaja kita boleh dapat dari pertarungan ini.
Brazil berjaya mara ke perlawanan akhir Copa America 2019 selepas menewaskan Argentina dengan jaringan 2-0.
Mereka berjaya mendahului apabila penyerang Manchester City, Gabriel Jesus menjaringkan gol selepas menolak mudah hantaran lintang rendah pada minit ke-19.
Selepas itu perlawanan berlangsung sengit dengan Argentina hampir berjaya mendapatkan gol menerusi Sergio Aguero dan juga Lionel Messi.
Namun percubaan kedua-dua pemain itu hanya singgah di tiang gol Brazil yang dikawal oleh Alisson Becker.
Kemenangan Brazil disahkan oleh jaringan Roberto Firmino apabila beliau melakukan rembatan pada minit ke-71 untuk memastikan tempat Brazil di perlawanan akhir Copa America 2019.
Sambil itu juga, ia turut menangguhkan hajat Argentina dan juga Messi dalam mendapatkan kejuaraan di peringkat antarabangsa untuk satu lagi detik yang tidak diketahui.
Pertembungan klasik ini melibatkan pertembungan 2 negara adalah yang pertama sejak pada tahun 2007.
Ketika itu, mereka bertemu di perlawanan akhir Copa America 2007 yang menyaksikan Brazil muncul sebagai juara kejohanan.
Brazil akan menanti pemenang dalam satu lagi aksi separuh akhir melibatkan Chile dan juga Peru yang akan beraksi pada esok.
Perlawanan itu akan dilangsungkan pada jam 8.30 pagi waktu Malaysia.