Quantcast

BERITA

Liridon Krasniqi & Guilherme De Paula Pemain Naturalisasi Baharu Malaysia

Sah! Kita akan dapat pemain baharu!

Skuad Harimau Malaya akan diperkuatkan lagi dengan kehadiran 2 muka baharu untuk memacu peluang negara untuk layak ke kejohanan antarabangsa.

Bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi dan juga penyerang utama Kuala Lumpur iaitu Guilherme De Paula akan menjadi pemain kedua dan ketiga yang dinaturalisasikan untuk skuad kebangsaan.

Menurut laporan Harian Metro, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sendiri telah mengesahkan penyertaan 2 pemain baharu itu untuk menguatkan Harimau Malaya.

Menurut beliau, FAM kini menanti lampu hijau dari pihak FIFA untuk membenarkan Liridon dan De Paula mewakili skuad kebangsaan selepas segala prosedur lain telah pun dilakukan.

Tindakan FAM mengambil pemain natrualisasi adalah selepas terinspirasi melihat kejayaan pasukan utama dunia yang melakukan formula yang sama.

“Jika kita lihat pasukan lain seperti Sepanyol, Perancis dan Qatar turut mengambil pemain naturalisasi sehingga membawa kejayaan kepada mereka.”

“Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula telah memenuhi kriteria yang diperlukan dan ia telah menjadi salah satu pelan kami untuk mengambil pemain naturalisasi.”

De Paula dan Liridon

Kehadiran pemain tengah dan penyerang ini dijangka dapat menyelesaikan isu ketumpulan bahagian serangan negara untuk jangka pendek.

Kehadiran Liridon dan juga De Paula sekaligus menamatkan spekulasi yang FAM mahu mengambil Michael Ijizie serta Lee Tuck untuk mewakili negara.

Pemain naturalisasi pertama negara adalah Mahmadou Sumareh.