‘Contohi PJ City’ – Jangan Galak Ambil Pemain Import Kemudian ‘Mengemis’ Minta Bantuan

PJ City FC
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pendekatan PJ City untuk menggunakan 100 peratus khidmat pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak musim lalu merupakan strategi serampang dua mata yang ternyata telah memberi manfaat yang cukup besar.

Bukan sahaja bakat-bakat tempat dapat ditonjolkan, malah ia adalah cara terbaik bagi mengelak pasukan daripada berdepan masalah kewangan yang serius seperti mana yang dihadapi oleh beberapa pasukan di negara ini.

Justeru itu, Presiden PJ City, Datuk Seri Subahan Kamal mengajak pasukan-pasukan lain di Liga M untuk mencontohi kaedah atau formula yang digunakan oleh kelabnya bagi memastikan masalah tunggakan gaji tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Pepatah Melayu yang menyebut ukur baju di badan sendiri merupakan satu nasihat yang sepatutnya diambil berat oleh mana-mana pasukan yang bertanding, iaitu berbelanja mengikut kemampuan dan bukannya mengamalkan sikap ‘biar papa asal bergaya’.

Subahan dalam temubualnya bersama Bernama menjelaskan pembayaran gaji pemain dan pegawai pula PJ City dibuat mengikut standard serta pencapaian terkini dan pihaknya tidak terikut-ikut dengan trend ‘harga tinggi’ seperti mana yang berlaku kepada beberapa pasukan.

“Pada pandangan saya secara peribadi, itu memang satu formula terbaik tetapi setiap pasukan dan pengurusan ada cita rasa tersendiri, ada visi sendiri,” ujar bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.

“Cuma bagi saya itu cara terbaik kalau kita nak kurangkan perbelanjaan pasukan.”

Bagi Subahan, formula digunakan PJ City wajar diikuti oleh mana-mana pasukan kerana jelas ia dapat memberi kestabilan kepada sistem kewangan kelab, tetapi dalam masa yang sama masih mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain yang terpaksa berbelanja besar bagi mengisi penuh lima slot pemain import.

Tegasnya langkah itu tidak memberi sebarang masalah kepada pasukannya, sebaliknya mereka berjaya untuk kekal bersaing dalam Liga Super selepas menamatkan musim lalu di tangga ketujuh dan tetap menyasarkan untuk meraih kejuaraan.

“Kita bukan sahaja nak menang piala tetapi kita juga nak melahirkan lebih ramai pemain yang dapat diberikan peluang bermain, supaya jurulatih kebangsaan dapat melihat prestasi mereka. Alhamdulillah, formula yang kita ada sekarang berkesan kerana tiga hingga lima pemain telah dipanggil untuk pasukan kebangsaan,” katanya lagi.

Subahan berkata pemain tengah skuad kebangsaan M Kogileswaran Raj adalah contoh pemain yang ingin terus dilahirkan PJ City pada masa hadapan apabila dia bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah nama pasukan yang diwakili di peringkat domestik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN