“Tak Rela Pintu Gol Bolos” – Suhaimi Husin Mahu Permulaan Cemerlang Musim Ini Buat Terengganu

Suhaimi Husin selaku penjaga gol Terengganu tekad untuk memberi aksi yang cemerlang Rabu ini apabila skuad diwakilinya bakal bertemu Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam aksi sulung beliau musim ini biarpun beraksi pada bulan Ramadhan.

Menurut beliau yang sebelum ini pernah beraksi bersama Terengganu II di Liga Premier, Suhaimi nekad untuk memberi segala yang dimiliki dalam mengawal benteng daripada dibolosi lawan walaupun satu gol.

Tambah Suhaimi dengan tegas, perlawanan Rabu ini akan dijadikan sebagai permulaan yang positif sebelum menghadapi pasukan lain setelah hampir empat bulan tanpa sebarang aksi kompetitif buat Terengganu kerana masalah wabak Covid-19.

“Beraksi pada bulan puasa sudah pasti tahap kecergasan sedikit berbeza berbanding bulan lain, namun saya tidak mahu menjadikannya sebagai alasan jika disenaraikan dalam kesebelasan utama.

“Saya juga tidak rela pintu gol dibolosi walaupun bakal beraksi buat kali pertama musim ini kerana kami mahukan permulaan yang cemerlang selepas lebih empat bulan melakukan persediaan rapi,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Dalam masa sama, anak jati kelahiran Besut itu juga akui lawan mereka tidak boleh dipandang rendah apatah lagi mereka mempunyai rangkaian serangan seperti Darren Lok, S Kumahraan, dan Mahali Jasuli yang cukup efektif di hadapan gol untuk menguji dirinya.

“Walaupun skuad kendalian P Maniam tanpa tonggak import, barisan pemain mereka cukup bahaya di depan gawang jika dibiarkan bermaharajalela, lagipun skuad itu sudah beraksi beberapa perlawanan berbanding kami belum lagi turun beraksi.

“Jadi saya mengharapkan rakan sepasukan dapat mematahkan gerakan skuad itu bermula dari kawasan tengah lagi selain turut meletakkan harapan yang tinggi agar barisan pertahanan mampu menghalang pemain lawan melakukan percubaan bagi memastikan impian untuk memburu tiga mata pertama tercapai,” katanya.

Sebelum itu, skuad kendalian Nafuzi Zain terpaksa melepaskan tiga aksi kompetitif saingan Liga Malaysia dengan perlawanan menentang Sri Pahang dan Negeri Sembilan bagi saingan Liga Super dan pusingan pertama Piala FA kerana sebahagian pemain dan pegawai Terengganu disahkan positif Covid-19.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN