Conte Ucap Selamat Tinggal Kepada Chelsea Selepas 2 Musim

Tiada sebarang pengumuman rasmi dari Chelsea FC setakat ini. Tetapi ia semakin jelas bahawa Antonio Conte dan kebanyakkan staff kejurulatihan yang tiba bersama pengendali dari Itali itu telah dipecat daripada tugas masing-masing.

Telegraph melaporkan Chelsea telah memecat Conte dan hampir semua staff kejurulatihan selepas sesi pagi latihan di Cobham semalam.

Bekas pengendali Napoli, Maurizio Sarri dilaporkan akan mengambil alih peranan Conte dalam masa terdekat.

Pemecatan Conte oleh pihak pengurusan tertinggi di Chelsea sememangnya bola dijangka. Namun bila dan bagaimana sering menjadi tanda tanya kebanyakkan pemerhati bola sepak dan media.

Walaupun tiada sebarang kenyataan daripada Chelsea dan Conte sendiri setakat ini, ucapan selamat tinggal sudah pun dimuat naik oleh pemain tengah Cesc Fabregas, dan bekas kapten Chelsea, John Terry di media sosial masing-masing.

Laporan dari Itali bagaimanapun memberitahu Conte tidak senang dengan cara pemecatannya dikendalikan oleh kelab London tersebut.

Conte berpendapat beliau sepatutnya dimaklumkan dengan cara yang lebih baik, apatah selepas membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA dalam tempoh dua musim di Stamford Bridge.

Sebaliknya, Conte dibiarkan seperti bergantung tidak bertali oleh pihak pengurusan The Blues, sebelum bekas pengendali skuad kebangsaan Itali itu kembali ke kelab tersebut pada Isnin lalu untuk memulakan latihan pra musim.

Selepas selesai latihan sesi pagi semalam, pemain-pemain diberitahu tidak akan ada latihan sesi di sebelah petang oleh pihak pengurusan, dan ia adalah tanda kepada pengakhiran tempoh Conte bersama Chelsea.

Mengikut terma yang dipersetujui, Chelsea harus membayar pampasan sehingga £9 juta atas pemecatan tersebut.

Sekiranya Chelsea gagal berbuat demikian, kes tuntutan pasti akan dibawa ke mahkamah.

Walaupun dibawa ke mahkamah, Chelsea juga pasti mempunyai sebab untuk tidak membayar pampasan kerana sikap dan kenyataan oleh Conte sendiri ketika berhadapan dengan media.

Dalam beberapa sidang media sepanjang musim lalu, Conte tidak pernah menyembunyikan kekecewaan terhadap pengurusan di Chelsea, dan seringkali mengkritik pengurusan kelab secara tidak langsung.

Ia boleh dianggap sebagai tingkah laku tidak profesional yang tidak sejajar dengan dasar yang diamalkan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN