VIDEO: Kalah Di Atas Padang, Penyokong Indonesia Mahu ‘Ganyang” Skuad Muda Negara

Ayo ganyang Malaysia, itulah kata-kata propaganda yang digunakan penyokong dan banyak media sukan besar di Indonesia setiap kali perlawaan clasico Nusantara antara Malaysia dan Indonesia.

Slogan yang menjadi wadah propaganda dinaikkan oleh nasionalis ulung Sokarno dalam pidato beliau satu ketika dahulu, di mana Sokarno mahu menganyang Malaysia ketika zaman konfrontasi.

Antara bait dalam pidato beliau:

Kalau kita lapar itu biasa
Kalau kita malu itu djuga biasa
Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang adjar!

Kerahkan pasukan ke Kalimantan, kita hadjar tjetjunguk Malayan itu!
Pukul dan sikat djangan sampai tanah dan udara kita diindjak-indjak oleh Malaysian keparat itu

Doakan aku, aku bakal berangkat ke medan djuang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang enggan diindjak-indjak harga dirinja

Serukan serukan keseluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tundjukkan bahwa kita masih memiliki gigi dan tulang jang kuat dan kita djuga masih memiliki martabat

Yoo…ayoo… kita… Ganjang…
Ganjang… Malaysia
Ganjang… Malaysia
Bulatkan tekad
Semangat kita badja
Peluru kita banjak
Njawa kita banjak
Bila perlu satu-satu!

Peringatan! Konfrontasi sudah lama berakhir

Namun dalam era moden ini dan tamatnya zaman konfrontasi, rakyat dan pemimpin daripada 2 negara ini telah menjadi satu dalam banyak perkara.

Nak senaraikan satu persatu memang tak larat. Masalahnya, di lapangan bola sepak, perkataan ganyang Malaysia masih lagi menebal dengan sentimen kebangsaan dan kebencian ke atas Malaysia yang terlalu taksub.

Presiden Indonesia antara watak yang sangat dikagumi di Malaysia. Itu belum lagi nak bercerita tentang Sheila On 7, Peter Pan, Luna Maya, Cinta (Dian Satsrowardoyo), Hetty Koes Endang serta ramai lagi personaliti Indonesia yang menjadi ikutan ramai di sini.

KUALA LUMPUR, 16 SEPTEMBER 2012 – Konsert Jelajah Tentang Bahtera Kumpulan NOAH di KL Live di sini, hari ini.Konsert ini merupakan konsert jelajah pertama Ariel bersama kumpulan NOAH atau dahulu dikenali sebagai PETERPAN setelah bebas dari penjara. Konsert Jelajah Tentang Bahtera ini diadakan di lima buah negara termasuk Malaysia dalam masa 24 jam.
Wartawan; Roni (Meja Hiburan Kosmo)/Khadijah (Meja Hiburan Utusan)
Gambar; Muhamad Iqbal Rosli

Bambang Pamungkas, Ellie Aiboy, Andik Vermansyah, Evan Dimas antara pemain yang memilih bermain di Malaysia kerana selesa dengan penyokong di sini yang sama budaya dan ‘menjaga’ mereka dengan baik.

Jika slogan itu sekadar untuk semangat kesukanan, tidak mengapalah. Ini sampai keluar sepanduk Ganyang Malingsia. Sudah tentunya kita mengharapkan FAM akan memanjangkan hal ini kepada AFC.

Semalam Stadion Gelora Delta, Sidoarjo dibanjiri 26,332 orang penyokong walaupun ianya sekadar clasico Nusantara antara skuad B-19.

Pertarungan Piala AFF B-19 memasuki separuh akhir menemukan 2 jiran panas ini. Seperti biasa provokasi terus dimulakan sejak dari awal.

Malaysia menang ke atas Indonesia menerusi penentuan penalti. Dan Indonesia gagal menghantar Malaysia pulang ke daerah mereka lebih awal. Bak kata pengulas yang mahukan anak-anak muda Indonesia menghantar Malaysia pulang ke daerah mereka.

Mental yang sangat kuat pada pemain-pemain muda kita adalah sebab utama kenapa kita ke final.

Bayangkan sepanjang perlawanan berada di hadapan puluhan ribu penyokong Indonesia. Dan ketika penentuan penalti, Malaysia masih mampu tenang untuk menyerap tekanan itu.

Yang tak enakknya, pemain pemain Malaysia dibaling objek oleh penyokong yang tidak dapat menerima kekalahan itu, ketika Harimau Muda mahu masuk ke bilik persalinan.

Tabik hormat kepada petugas keselamatan yang cuba mengawal keadaan dan memastikan pemain-pemain muda kita selamat keluar dari stadium.

BERNAMA turut berkongsi detik yang jelas sekali pemain-pemain muda Malaysia cuba dibaling dengan pelbagai objek ketika menuju ke bilik persalinan.

Kegagalan pihak tuan rumuah memberikan kawalan keselamatan sewajarnya turut dikesali.

Malaysia ke final

Skuad negara kendalian jurulatih dari Croatia, Bojan Hodak menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada malam tadi.

Perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi sebenar di separuh akhir Kejohanan AFF 2018.

Ini merupakan perlawanan akhir keenam skuad negara dalam kejohanan ini selepas turut melangkah ke peringkat yang sama pada 2017.

Namun demikian, Malaysia hanya pulang dan berpuas hati dengan gelaran naib juara dalam enam edisi kejohanan tersebut.

Menanti Malaysia di pentas akhir ialah Myanmar, yang mengejutkan Thailand 1-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. Paling menarik, final pukul 3 petang dan sebelah malam adalah penetuan tempat ke-3 yang seperti menjadi acara utama.

Skuad kendalian Hodak pada mulanya tersentak dengan gol awal Indonesia melalui sepakan penalti Edy Maulana Fikri.

Malaysia bangkit menyamakan kedudukan melalui Muhammad Syaiful pada minit ke-15 perlawanan.

Permainan terus rancak selepas itu namun kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan sehingga permainan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti.

Malaysia akhirnya melangkah ke perlawanan akhir selepas sepakan penalti terakhir Indonesia diselamatkan penjaga gol negara.

Semoga di masa hadapan insiden ini tidak berulang. Jangan ada sampai nyawa melayang baru kita semua nak terngadah.

Kita kan serumpun. Seteru itu tidak mengapa tetapi jangan bermusuhan lebih daripada sempadan bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN