Conte Tidak Puas Hati Dengan Jadual Perlawanan Yang Padat

Biarpun melakar kemenangan dengan menewaskan West Bromich Albion, 4-0 di The Hawthorn malam tadi tetapi pengendali Chelsea, Antonio Conte memberi amaran kepada barisan pemainnya  bahawa mereka akan berdepan aksi terbesar musim ini di Azerbaijan menentang FK Qarabag, dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.

Kemenangan ke atas West Brom, termasuk dua gol menerusi Eden Hazard adalah yang pertama daripada sembilan perlawanan dalam tempoh sebulan buat The Blues.

Conte kini mengkritik perancang jadual liga perlawanan kerana skuad bimbingannya akan mengharungi jadual yang padat bulan ini, selepas perlawanan liga semalam.

Conte bimbang situasi yang sama berulang dimana anak buahnya tewas di tangan Manchester City pada bulan September, tiga hari selepas aksi Liga Juara-Juara di Sepanyol.

“Ia agak malang apabila kami menentang City hanya dua hari selepas bermain menentang Atletico Madrid di tempat lawan,” katanya.

“Kami pulang jam 5 pagi pada Khamis dan bermain pada Sabtu menentang City. Orang yang membuat jadual ini seharusnya memberikan lebih perhatian bagi berlaku adil kepada semua pasukan.

“Saya fikir tentang menentang City kerana mereka adalah pasukan pilihan tetapi jika kami menang ke atas mereka jurang mata bukanlah sembilan mata,” jelasnya.

 

Chelsea berkunjung ke Azerbaijan dengan misi untuk melakar kemenangan yang membolehkan mereka mara ke pusingan kalah mati walaupun tewas berturut-turut di tangan AS Roma.

“Kini, kami mempunyai satu lagi masalah. Kami menentang Qarabag pada Rabu (awal pagi Khamis) dan kami pulang ke London jam 5 pagi dan kami ada perlawanan besar menentang Liverpool pada Sabtu.

“Adakah ini normal? Saya tidak fikir begitu. Jika seseorang mahu keseimbangan dalam liga, mereka perlu memberi perhatian penuh dalam membuat jadual.” katanya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN