Apakah Nasib Pasukan Felda United, T-Team FC, Kuantan Dan Sime Darby FC ?

Tatkala 21 pasukan sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana musim depan tetapi nasib 4 pasukan iaitu FELDA United, T-Team, Kuantan dan Sime Darby FC dalam kancah Liga Malaysia masih belum diketahui selepas tempoh untuk mengesahkan penyertaan musim depan berakhir semalam.

FELDA United yang mengesahkan hasrat mereka untuk beraksi dalam saingan elit tahun depan namun, tidak mendapat kelulusan daripada First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM.

Manakala T-Team memohon penangguhan selepas kerajaan negeri menegaskan hanya sebuah pasukan dari negeri itu boleh beraksi di Liga Super berikutan kejayaan Terengganu meraih tiket ke Liga Super.

Juara Piala FAM, Sime Darby dan Kuantan turut memohon penangguhan bagi mengesahkan penyertaan di Liga Perdana.

Bercakap kepada Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengesahkan T-Team, Kuantan dan Sime Darby  diberikan tempoh sehingga Rabu ini bagi mengesahkan penyertaan.

“Sejumlah 21 pasukan sudah mengesahkan penyertaan di Liga Super dan Perdana musim depan dengan T-Team, Kuantan dan Sime Darby memohon tarikh lanjutan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam.

“Kuantan dan Sime Darby mahukan masa untuk mendapat kebenaran yang diperlukan manakala T-Team tidak menyatakan sebarang alasan. Bagaimanapun kami memberikan tempoh sehingga 22 November bagi ketiga-tiga pasukan mengesahkan penyertaan.”

Kevin menjelaskan dia sedar masalah dihadapi T-Team yang berjaya melepasi zon penyingkiran pada hari terakhir musim 2017 yang tertekan dengan situasi sama ada dibubarkan atau beraksi di Liga Perdana.

“T-Team tidak berkomunikasi dengan kami secara rasmi tentang isu ini,” kata Kevin ketika ditanya oleh media mengenai kesukaran pasukan itu.

“Jika sesebuah pasukan gagal mengesahkan penyertaan, kami akan mencari jalan alternatif. Ini termasuk mencari pasukan yang hampir mendapat tiket Liga Super namun sebarang pertukaran hanya boleh dilakukan Lembaga Pengarah FMLLP.”

Kevin turut menjelaskan situasi yang dihadapi oleh FELDA United akan diselesaikan minggu depan.

“Situasi membabitkan FELDA akan diselesaikan secepat mungkin kerana kita perlu merangka jadual musim depan dan ia tidak boleh dilakukan sehingga semua pasukan mengesahkan penyertaan,” katanya.

Selepas ini setiap pasukan perlu mengemukakan dokumen yang mengesahkan kedudukan kewangan membabitkan pemain, staf dan kelab yang perlu diserahkan menjelang 31 Disember. – BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN