Conte Salahkan Jadual Padat Sebagai Punca Chelsea Asyik Seri

Antonio Conte

Chelsea mencipta sejarah tersendiri apabila melalui tiga keputusan seri tanpa jaringan selepas saingan Piala FA di Norwich, Piala Liga berdepan Arsenal dan terbaharu bertemu Leicester.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte menyalahkan jadual padat yang dilalui Chelsea menyebabkan skuad itu bergelut untuk memastikan pemain mereka cergas sepenuhnya.

Semalam, skuad kendalian Conte kekurangan tenaga dan ketajaman apabila mereka dipaksa seri 0-0 berdepan Leicester yang bermain 10 orang di Stamford Bridge.

Tanpa pertahanan Leicester, Ben Chilwell yang dibuang padang pada minit ke-68 sekalipun tidak mampu menaikkan semangat Chelsea, yang nyata tidak dapat menandingi lawannya pada babak pertama selain mengambil kesempatan pada babak kedua.

Dengan perlawanan semula Piala FA berdepan Norwich akan hadir pada pertengahan minggu, bos Blues, Conte bimbang dengan tanda-tanda keletihan berikutan jadual padat pada Krismas dan tahun baharu.

Conte berhadapan cabaran untuk memastikan pemainnya cergas untuk menghadapi jadual perlawanan yang padat.

“Kami bermain dalam keletihan. Kami banyak menderita pada babak pertama dan pada permulaan babak kedua,” kata Conte.

“Kami bermain bersungguh-sungguh menentang Arsenal pada Rabu dan kemudian bermain menentang pasukan yang sangat bagus dan fizikal baik bagus seperti Leicester pastinya amat sukar.

“Kami bermain hampir keseluruhan menggunakan pemain yang sama menentang Arsenal. Saya lihat ramai pemain keletihan. Saya lihat Eden (Hazard) sangat penat jadi dia dikeluarkan.

“Apabila saya mengambil keputusan untuk mencari tenaga baharu dengan kemasukan Willian dan Pedro, permainan berubah. Kami mencipta peluang untuk jaringan tetapi pada penghujungnya, keputusan itu adil.”

Conte menyatakan tahap tenaga Chelsea memberi kesan kepada keputusan kerana dia tidak memiliki pemain berkualiti dalam simpanan untuk terus memberikan kekuatan dalam pasukan dan beraksi pada tahap tertinggi.

Penyerang mereka, Alvaro Morata setakat ini gagal memberi impak dan tidak menjaringkan sebarang gol selepas 5 perlawanan.

Conte berkata, “Masalahnya bukan Morata tetapi keseluruhan pasukan. Ianya tidak penting siapa yang menjaringkan gol. Kami menghadapi kesukaran untuk menjaringkan gol kerana jentera serangan masih tumpul”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN