Jika anda merasakan bahawa memecat dan melantik pengurus baharu adalah ‘hobi’ Abramovich, anda mungkin ada data sokongan sekarang ini.
Terbaru, Antonio Conte berjaya dalam tuntutannya untuk menerima pampasan bernilai £9 juta daripada Chelsea.
Chelsea sebelum ini enggan menuruti kehendak Conte yang menuntut £9 juta (RM47.7 juta) , dan menyatakan mereka sudah menyelesaikan segala urusan dengan Conte.
Conte dipecat pada Julai 2018, walaupun berjaya membawa Chelsea menjulang Piala FA. Pada tahun sebelumnya Conte berjaya membantu Chelsea menjuarai EPL.
Exclusive: Chelsea ordered to pay Antonio Conte £9m in compensation, reports @MattHughesTimes
The club have now spent more than £90m in pay-offs to managers under Roman Abramovichhttps://t.co/gXfzxZgLh8
— Times Sport (@TimesSport) May 21, 2019
Conte dipecat dalam keadaan penuh tanda tanya. Beliau meneruskan tugasan seperti biasa walaupun ada ura-ura menyatakan Sarri sudah dilantik oleh Abramovic. Conte dipecat kerana gagal membantu Chelsea mara ke UCL musim 2018/19.
Chelsea enggan membayar baki gaji pada kontrak tahun akhir Conte sebaik sahaja mereka memecat pengurus itu.
Chelsea menegaskan Conte memberikan banyak kerugian kepada mereka termasuk tidak sehaluan dengan Diego Costa. Mengarahkan pemain itu pergi dengan pesanan teks. Ia membuatkan nilai perpindahan pemain itu merudum.
Conte pula menuduh Chelsea sengaja memecat beliau pada Julai, selepas memulakan persiapan pra musim. Tindakan yang Conte anggap sebagai satu sabotaj kepada karier beliau – ianya menyukarkan beliau mencari jawatan di kelab lain.
Dengan angka £9 juta pampasan kepada Antonio Conte, kini Chelsea – pada era Roman Abramovich – sudah membayar £92.9 juta ataupun sekitar RM492 juta untuk pampasan kepada pengurus yang dipecat.
Chelsea’s manager pay off’s since Abramovich took over :
Antonio Conte – £9m
Jose Mourinho – £8.3m
Di Matteo – £10.7m
Villas Boas – £12m
Ancelotti – £6m
Felipe Scolari – £12.6m
Avram Grant – £5.2m
Jose Mourinho – £23.1m
Ranieri – £6mTotal = £92.9m
Absolutely ridiculous.— Pys (@CFCPys) May 21, 2019
Angka yang sangat besar dibayar semata-mata untuk memecat pengurus. Ini pun sudah terdengar desas-desus masa depan Sarri juga tidak menentu. Adakah angka £100 juta bakal dicapai tak lama lagi?
Anda ‘scroll’ sedikit ke belakang semula dan lihat angka yang diterima Mourinho.