Real Madrid Enggan Bayar €100 Juta Untuk Luka Jovic

Laporan media sebelum ini menyebut bahawa Luka Jovic sudah sah menyertai Real Madrid, hanya menunggu masa untuk diperkenalkan kepada umum. Jovic dikatakan berpindah ke Real Madrid dengan nilai €60 juta.

Jadi, sudah ramai yang merasakan perpindahan tersebut merupakan yang kedua dilakukan Real Madrid selepas Eder Milatao.

Namun terbaru, Pengarah Eintracht Frankfurt, Freddie Bobic tiada sebarang kesepakatan mutlak dicapai di antara mereka dan Real Madrid untuk perpindahan Luka Jovic.

Bobic berkata kepada Foxsoccer: “Tiada persetujuan dicapai ketika ini. Ada beberapa perbincangan di belakang tadbir.”

Wartawan bertanya sama ada Real Madrid ada menghubungi mereka untuk Luka Jovic, Bobic menjawab: “Tiada, namun kami tahu ada minat ditunjukkan ke atas pemain kami.”

Real Madrid dikatakan tidak mahu menuruti tag harga €100 juta yang diletakkan oleh Frankfurt kepada pemain tersebut. Bagi Real Madrid, harga yang diletakkan itu terlalu melampau.

Jovic merupakan antara pemain yang berada dalam sasaran utama Zinedine Zidane bagi memperkuatkan pasukannya pada musim hadapan.

Jovic cemerlang musim ini dengan menjaringkan 17 gol dalam Bundesliga.

Beliau membantu pasukannya mara sehingga ke separuh akhir UEL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN