Costa Dedahkan Beliau Dilayan Seperti Penjenayah Di Chelsea, Anggap Conte Tak Berkarisma

Diego Costa kini tidak lagi diperlukan di Chelsea apabila Antonio Conte memberitahu yang pemain itu tidak lagi berada dalam perancangan beliau.

Dikala para pemain Chelsea terseksa menghadapi hari sukar di Stamford Bridge tempohari, Costa hanya mampu melihat sahaja dari jauh derita yang dihadapi oleh rakan sepasukan beliau itu ketika menentang Burnley.

Costa nyata kini sudah tidak punya hati untuk beraksi untuk Chelsea selepas apa yang berlaku. Beliau juga sifatkan yang Conte merupakan pengurus yang tidak berkarisma.

“Saya akan simpan semua mesej yang Conte hantar kepada saya.”

Pemain itu juga mendedahkan yang beliau kini dilayan seperti seorang penjenayah oleh pihak kelab – gajinya dipotong dan beliau dipaksa berlatih dengan pasukan simpanan.

“Saya dilayan seperti penjenayah ketika ini di Chelsea. Saya didenda potongan gaji untuk beberapa minggu oleh pihak kelab dan saya juga dipaksa untuk melapor diri dan berlatih dengan pasukan simpanan.”

Costa nyata kini tidak mahu lagi bersama-sama dengan Chelsea dengan hatinya sudah terpaut untuk bersama-sama dengan Atletico Madrid.

Beliau mahukan perpindahan ke kelab Sepanyol itu diselesaikan dengan segera walaupun kelab itu tidak boleh membawa masuk pemain baharu ketika ini.

Costa dikatakan sedia untuk tidak dibayar oleh pihak Chelsea ketika waktu-waktu terakhir beliau di kelab itu sebelum bermain di La Liga semula.

Beliau juga tidak mahu berlatih dengan Chelsea lagi dengan beliau memilih untuk mengekalkan kecergasan beliau di Brazil.

Sumber:

  1. Daily Mail (2017): DIEGO COSTA EXCLUSIVE INTERVIEW: Chelsea have treated me like a criminal… I refuse to train with the reserves and could see out my contract unpaid and alone in Brazil; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4787112/DIEGO-COSTA-INTERVIEW-Chelsea-striker-talks-Sportsmail.html 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN