Antonio Conte Berminat Bawa Arturo Vidal Ke Stamford Bridge

Arturo Vidal

Chelsea sedang berusaha menambah kekuatan dengan cuba membawa masuk beberapa pemain baru pada jendela perpindahan kali ini, antara nama yang sedang dikaitkan dengan Chelsea ialah Arturo Vidal.

Chelsea dilaporkan kembali berminat mendatangkan Arturo Vidal ke Stamford Bridge selepas gagal melakukannya pada musim lepas. Namanya Arturo Vidal kembali disenaraikan didalam senarai daftar pembelian pemain The Blues pada jendela perpindahan kali ini.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mahukan seorang pemain tengah yang agresif untuk mengemudi gaya permainan yang laju dan bertenaga untuk meningkatkan jentera pasukan dan Arturo Vidal adalah individu yang menjadi pilihan Conte ketika ini.

Selain itu juga, hal yang paling menguatkan lagi alasan mengapa Conte mahu mendapatkan Vidal kerana mereka berdua pernah bekerjasama ketika di Juventus.

Ketika ditemubual oleh media selepas perlawanan menentang Brighton pada selasa lalu, Conte memberi isyarat bahawa dirinya lebih tertarik kepada pemain Bayern Munich itu berbanding pemain-pemain lain.

“Saya harus jujur, bukan mudah untuk berbicara tentang seorang pemain dari kelab lain, terutama jika anda cuba mempersoalkan berkaitan pemain itu dengan kami.

“Tetapi jika ditanya pendapat tentang Arturo Vidal, beliau pemain yang menakjubkan bagi saya. Saya amat menghormati beliau.”

“Saya dan Vidal sempat bekerjasama beberapa tahun ketika kami di Juventus. Jika saya pergi untuk berperang, semestinya saya akan memilih Arturo Vidal untuk pergi bersama” tambahnya lagi.

Namun, untuk mendatangkan Vidal ke Stamford Bridge bukanlah satu hal yang mudah bagi Conte.

Menurut laporan dari La Curta, Chelsea bakal berdepan kesukaran untuk mendapatkan khidmat Vidal kerana Bayern menuntut bayaran perpindahan yang tinggi untuk melepaskan bintang Chile tersebut.

Malah, Chelsea juga harus bersaing hebat dengan beberapa kelab besar di Eropah seperti Manchester United dan Real Madrid yang juga turut tertarik mendapatkan khidmatnya.

Media itu turut melaporkan bahawa sebelum ini, Conte sedang berusaha keras  dengan menghubungi Vidal dalam usaha untuk menyakinkan pemain itu supaya behijrah ke Stamford Bridge.

Arturo Vidal menunjukan isyarat untuk keluar dari Bayern Munich apabila beliau masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan. Kontrak Vidal bersama kelab gergasi Jerman itu bakal berakhir pada pertengahan tahun 2019.

Arturo Vidal mula menyertai Bayern Muninch dari Juventus ketika jendela musim panas pada tahun 2015 dengan nilai perpindahan hampir mencapai 33 juta euro. Bersama Die Rotten, pemain berusia 30 tahun itu sudah beraksi sebanyak 112 penampilan dan telah berjaya mencetak 21 gol secara keseluruhan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN