Conmebol Mahu FIFA Anjur Piala Dunia Setiap Dua Tahun

2030

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) menuntut agar badan bola sepak dunia FIFA menganjurkan kejohanan Piala Dunia setiap dua tahun.

Pada hari ini sejak ianya dianjurkan, Piala Dunia telah dianjurkan setiap empat tahun sekali – dan nyata Presiden Conmebol, Alejandro Dominguez mempunyai pendapat beliau sendiri mengenai penganjuran kejohanan bola sepak terulung dunia itu.

(Photo by Agustin Marcarian/Getty Images)
Ubah tempoh

“Kertas kerja yang kami telah hantar kepada FIFA ialah untuk menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun dan bukan empat tahun seperti sekarang,” kata Dominguez.

“Daripada kita menganjurkan Nations League di antara kejohanan Piala Dunia, kita juga boleh menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun untuk semua orang.

“Ini perlu dilakukan demi pemain. Jika sekarang mereka mungkin hanya sempat beraksi di dua edisi Piala Dunia. Namun jika dianjurkan setiap dua tahun, pemain boleh beraksi sehingga empat edisi Piala Dunia.

FOTO: FIFA
Dorongan untuk perubahan

“Terdapat banyak penyelesaian untuk perkara ini. Pertandingan boleh dianjurkan di Eropah, Amerika Selatan, Amerika Utara, Afrika dan Asia tanpa perlu menunggu pusingan yang lebih lama. Kami telah melihat peluang itu, lalu memberikan cadangan untuk pertimbangan FIFA.

“Dari segi ekonomi, FIFA juga akan menjana lebih banyak wangm” jelas Dominguez mengenai idea beliau itu.

Jika Piala Dunia dianjurkan setiap dua tahun sekali, masih tidak jelas akan impak pertandingan tersebut kepada pertandingan utama lain peringkat serantau.

Selain daripada tempoh penganjuran Piala Dunia, Dominguez juga tertarik untuk menganjurkan pertandingan mirip UEFA Nations League untuk diadakan di benua itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN