Borussia Dortmund Aktifkan Klausa Pembelian Tetap Paco Alcacer Bernilai £22.7 Juta

Aksi cemerlang Paco Alcacer musim ini membuatkan beliau kembali menjadi bualan media. Alcacer telah menjaringkan 9 gol daripada 8 perlawanan untuk Borussia Dortmund setakat ini.

Beliau bergelut dengan isu kecergasan dan kecederaan membuatkan beliau hanya berada dalam senarai kesebelasan utama sebanyak 4 kali.

Namun itu bukan isu besar bagi Dortmund yang merasakan pemain itu selayaknya dibeli secara tetap dari Barcelona.

Pada jendela perpindahan pra-musim 2018/19, Borussia Dortmund telah mendapatkan khidmat Paco Alcacer dari Barcelona secara pinjaman jangka panjang dengan opsyen pembelian tetap.

Alcacer menjadi penjaring utama Dortmund dan berjaya kembali semula ke dalam pasukan Sepanyol selepas lebih 2 tahun disisihkan La Roja.

Borussia Dortmund mengaktifkan klausa pembelian tetap Paco Alcacer lebih awal daripada yang dijangka. Mereka membayar £22.7 juta kepada Barcelona untuk mengaktifkan klausa tersebut.

Paco Alcacer dilaporkan dihadiahkan dengan kontrak tetap sehingga 30 Jun 2023 oleh Borussia Dortmund.

Beliau ternyata gembira dengan kontrak tersebut dan berkata: “Saya sangat gembira di Dortmund, di BVB, dan ini adalah pasukan yang hebat.”

“Borussia Dortmund merupakan keputusan yang paling tepat untuk saya. Saya akan memberikan segalanya untuk membalas kepercayaan anda.”

Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc berkata: “Hari ini kami sudah memaklumkan Barcelona bahawa kami akan mengaktifkan opsyen pembelian tetap untuk Alcacer.”

“Paco memberikan sepenuh hatinya kepada kami, beliau dengan cepat berintergrasi dan menjadi pemain penting dalam skuad ini. Beliau adalah penjaring sejati dengan kualiti bola sepak yang tinggi.”

“Beliau sudah pun menjaringkan gol kemenangan dalam beberapa perlawanan penting kami. Kami sudah tak sabar untuk melihat lebih banyak gol dan bantuan gil daripada Paco selepas ini.”

Borussia Dortmund berada di tangga teratas Bundesliga. 4 mata dipisahkan dengan pasukan di tempat ke-2 iaitu Borussia Monchengladbach.

Alcacer turut menjaringkan gol ke atas Bayern Munich untuk membantu Borussia Dortmund menang 3-2 dalam der Klassiker tersebut. Sebagai rekod, Paco Alcacer graduan daripada akademi Valencia. Beliau menyertai Barcelona pada Ogos 2016 dengan nilai £27.3 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN