Condoh FC Jaring Gol Minit-Minit Terakhir Tumbangkan AZS FC Meskipun Beraksi 10 Pemain

Perlawanan pertama hari ke-7 liga Selangor Champions League menyaksikan perlawanan di antara pasukan Shah Alam Condoh FC menentang pasukan Kajang AZS FC di mana kemenangan berpihak pada Condoh FC dengan keputusan 2-1.

Pada permulaan perlawanan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang meyakinkan dengan banyak peluang berjaya dihasilkan.

Namun masing-masing gagal menyempurnakan peluang tersedia.

Pasukan Condoh banyak menggunakan taktikal high pressing sewaktu bertahan manakala sewaktu menyerang mereka kerap kali melakukan hantaran pendek untuk menembusi barisan pertahanan AZS.

Pasukan AZS pula mengamalkan taktik long ball yang banyak dihantar ke bahagian sayap kiri dan kanan mereka dan ianya sering kali mendatangkan kesukaran buat Condoh.

Kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun keputusan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, perlawanan mula dikuasai Condoh dengan banyak gerakan-gerakan bahaya dihasilkan dan AZS pula seakan hilang rentak dan hanya mampu bertahan.

Hasilnya, pada minit-47 Condoh berjaya membuka jaringan melalui penyudah sempurna Azreen Danial.

AZS cuba bangkit mencari gol penyamaan dan pemain import mereka, Philip Abbah tidak mensia-siakan peluang tersedia dengan merembat masuk hasil lorongan rakan sepasukan beliau pada minit ke-58 perlawanan.

Perlawanan menjadi panas buat seketika apabila pemain berjersi no.5 Condoh, Burhanuddin Azmi dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain AZS.

Meskipun bermain seramai 10 orang, kelekaan barisan pertahanan AZS membuka peluang untuk Condoh untuk memperoleh gol kemenangan 2 minit sebelum tamat perlawanan.

Kali ini melalui free header permain pertahanan mereka, As’syaqireen Hasnoddin mudah menanduk masuk selepas tidak dikawal rapi pertahanan AZS.

Tamat perlawanan, Condoh FC 2-1 AZS. Ini merupakan kemenangan sulung Condoh dan kekalahan kedua berturut-turut buat AZS FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN