Club Brugge Diumumkan Juara Selepas Liga Belgium Dibatal

Liga Belgium, First Division A, menjadi liga bola sepak Eropah pertama yang dibatalkan, sekaligus menjadikan Club Brugge KV juara berdasar kedudukan semasa liga.

Seperti majoriti liga Eropah yang lain, liga Belgium ketika ini sedang ditunda susulan penularan wabak COVID-19 di Eropah.

First Division A akan mengumumkan Club Brugge sebagai juara dalam mesyuarat pasukan dan penganjur liga pada 15 April nanti. Club Brugge turut akan layak ke UEFA Champions League pada musim akan datang.

Kelab yang dilatih oleh Philippe Clement itu mendahului liga sebanyak 15 mata di depan KAA Gent yang berada di tangga kedua dan ketika liga hanya berbaki satu perlawanan. Mereka hanya kalah sekali, kepada Antwerp, sepanjang musim sebelum liga ditunda.

Pengurusan liga setakat ini masih belum pasti bila mereka boleh mengumumkan latihan pasukan boleh disambung semula. Mereka juga berkata kemungkinan liga disambung semula sebelum 30 Jun adalah ‘sangat tipis’.

Sebelum ini pengurusan liga Belgium enggan mengadakan baki satu perlawanan di dalam stadium kosong tanpa penyokong kerana ia membahayakan petugas kesihatan dan keselamatan yang akan berdepan dengan wabak COVID-19.

Malah risiko pemain mendapat penyakit ini juga boleh merosakkan imej dan integriti liga Belgium paling berprestij itu.

Dengan gelaran liga ini, ia bermakna Club Brugge sudah mendapat trofi liga Belgium untuk kali ke-16. Kali terakhir mereka menjuarai liga adalah pada musim 2017/2018.

Antara pemain ternama dalam Club Brugge ini adalah bekas penjaga gol Liverpool Simon Mignolet dan pertahanan terkenal dari siri permainan Football Manager, Eder Alvarez Balanta.

Embed from Getty Images

Sebelum ini bek kanan kelahiran Malaysia, Dion Cools merupakan pemain kelab ini sebelum berhijrah ke kelab Denmark FC Midtjylland pada jendela perpindahan musim sejuk lepas.

Musuh tradisi mereka Anderlecht yang dilatih oleh Vincent Kompany pula, menamatkan musim ini di kedudukan kelapan daripada 16 pasukan yang bertanding.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Belgium:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN