Thailand FA Berminat Ambil Claudio Ranieri Jadi Jurulatih Kebangsaan Thailand

Sebelum ini media melaporkan bahawa Kiatisuk Senamuang telah meninggalkan jawatan Ketua Jurulatih kebangsaan Thailand.

Kiatisuk Senamuang

Kontrak asal ketua jurulatih juga bekas pemain tersohor pasukan “Gajah Perang Thailand” itu pada asalnya dilaporkan tamat pada Februari 2017.

ESPN sebelum ini melaporkan bahawa Kiatisuk Senamuang telah menandatangani lanjutan kontrak sekurang-kurangnya setahun untuk bersama sukad kebangsaan Thailand.

Beliau dijangka akan memenuhi kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) tanpa sebarang masalah.

Ini kerana kejayaan mereka untuk beraksi cemerlang dalam pusingan awal kelayakan Piala Dunia.

Bagaimanapun, kekalahan 3-0 dan 4-0 masing-masing kepada Arab Saudi dan Jepun dalam pusingan akhir kelayakkan Piala Dunia 2018 yang lalu mengubah pendirian Kiatisuk “Zico” Senamuang dan juga FAT.

Japan’s Maya Yoshida, left, fights for the ball with Thailand’s Adisak Kraisorn during their final round soccer match of 2018 World Cup Asian Qualifiers, in Saitama, north of Tokyo, Tuesday, March 28, 2017. (AP Photo/Shizuo Kambayashi)

Untuk rekod, pasukan Gajah Putih telah memenangi Piala AFF Suzuki sebanyak dua kali (2014,2016), King’s Cup (2016), pingat emas Sukan SEA dan tempat ke-4 Sukan Asia 2014 sepanjang tempoh di bawah bimbingan Kiatisuk Senamuang.

Jurulatih EPL sekali lagi?

Kini timbul khabar angin mengatakan bahawa FAT ingin memancing bekas pengurus Leicester City, Claudio Raneiri untuk menjadi jurulatih kebangsaan Thailand.

Alasan FAT amat mudah. Mereka ingin melihat pasukan kebangsaan Thailand untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

AFF SUZUKI CUP 2016 Final Rounds Final Leg 2, Thailand 17 December 2016

Jelas pengurusan bola sepak Thailand tidak mahu sekadar berpuas hati dengan pencapaian di peringkat serantau.

Claudio Raneiri bukanlah watak asing di Thailand. Leicester City dimiliki oleh usahawan kaya dari Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha.

Claudio Raneiri bersama Naib Pengerusi Leicester City.

Beliau dilantik sebagai pengurus “The Fox” pada Julai 2015. Pada musim 2015/2016, Raneiri mencipta sejarah apabila berjaya membawa Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam sejarah kelab tersebut.

Pencapaian Raneiri di Leicester adalah sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa.

Kurang semusim selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris, pemilik juga pengerusi Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha mengambil keputusan untuk memecat Raneiri.

Raneiri menjulang trofi Liga Perdana Inggeris bersama sukad The Fox musim 2016-16.

Ini ekoran keputusan buruk yang dicapai oleh Leicester City di peringkat  domestik sehingga terperosok di tangga ke-17 liga.

Sebelum menyertai Leicester City, Claudio Raneiri turut pernah mengendalikan Chelsea, Inter Milan dan Valencia.

Pengurus yang mendapat jolokan nama ” The Tiknerman” ini turut pernah membimbing pasukan kebangsaan Greece pada 2014, tetapi kontrak beliau ditamatkan tidak sampai setahun berkhidmat.

Selain daripada Ranieri, nama Alejandor Sabella dan Takeshi Okada antara nama besar yang berada dalam radar untuk jawatan jurulatih kebangsaan Thailand.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan rasmi diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand.

Baca juga: Video: Mourinho ‘Panas’ Ditanya Soalan Bodoh, Wartawan Cuak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN