Claudio Ranieri disokong pengurusan Leicester City walaupun berprestasi buruk pada musim ini.
Dalam satu kenyataan kelab, Leicester City menyatakan sokongan mereka terhadap pengurus dan skuad beliau.
Sokongan tak berbelah bahagi
Dalam kenyataan kelab yang dikeluarkan semalam, Leicester City ternyata memberikan sokongan padu kepada pengurus Itali tersebut.
Leicester City berkata skuad kendalian Ranieri perlu memberikan tindak balas respon yang segera untuk mengubah nasib kelab tersebut.
Leicester City masih belum menang sebarang perlawanan Premier League sepanjang 2017 serta belum jaringkan sebarang gol dalam aksi liga pada 2017.
Burger ayam
Ranieri sendiri mengaku yang dalam skuadnya kini sedang mengalami masalah keyakinan.
“Bila anda kalah, anda akan hilang keyakinan. Itu adalah normal.”
Dari pihak media, terdapat pelbagai spekulasi mengenai masalah di dalam skuad juara bertahan Premier League itu.
Ada khabar angin mengatakan yang skuad sedang mengalami masalah serta keliru bagaimana hendak bermain dengan baik selepas N’Golo Kante berhijrah ke Chelsea.
Malah ada juga spekulasi yang menyatakan Ranieri telah kehilangan sokongan daripada pemain-pemain di Leciester City atas satu alasan yang pelik.
Alasannya adalah pemain mogok dengan Ranieri kerana pengurus berbangsa Itali itu telah mengharamkan kesemua pemainnya makan burger ayam!
Walaupun begitu, kami berharap Leicester City akan bangkit di minit-minit terakhir saingan liga ini.
Mereka terlalu kuat untuk jatuh ke liga bawahan, teruskan usaha Leicester City!
Baca juga: Pemain Rangers Ini Kena Maki Dengan Penyokong Sendiri Kerana Pakai But Warna Hijau