City Sudah Ada Perancangan Untuk Lionel Messi, Mahu Ikat Kontrak 10 Tahun

Lionel Messi Manchester City
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Masa depan Lionel Messi di Barcelona tampak sudah berada di penghujungnya selepas pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu masih belum menandatangani kontrak baharu di mana kontrak semasanya akan berakhir pada penghujung musim ini.

Perkembangan tersebut telah memberi peluang kepada City Football Group yang memiliki Manchester City untuk merangka perancangan jangka panjang yang akan menawarkan pemain berusia 33 tahun itu dengan kontrak selama 10 tahun.

Menurut laporan akhbar The Times, sehingga usia beliau mencecah 43 tahun, kontrak tersebut membenarkan Messi untuk beraksi bukan hanya bersama Manchester City, tetapi juga mana-mana lapan pasukan lain yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

https://twitter.com/FlazzySky/status/1331166703795929088?s=20

Ia bermaksud sekiranya Messi sudah tidak mahu beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), beliau boleh beraksi di Amerika Syarikat bersama kelab MLS iaitu New York City FC, kelab liga Australia Melbourne City ataupun kelab liga Jepun Yokohama Marinos.

Apabila Messi mengambil keputusan untuk menggantung but, beliau akan berperanan sebagai duta global buat City Football Group.

Kemungkinan Messi untuk dibawa masuk ke Stadium Etihad bertambah cerah selepas Pep Guardiola melanjutkan kontraknya selama dua tahun di kelab tersebut dan semua pihak tau hubungan baik di antara kedua-dua mereka.

Bagaimanapun, masa depan Messi masih bergantung kepada keputusan pemilihan presiden baharu Barcelona yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari ini dan salah seorang calon, Victor Font percaya bintang Argentina tersebut akan terus kekal di Nou Camp untuk tempoh beberapa tahun lagi.

“Saya amat yakin dengan masa depan Messi di kelab ini. Leo adalah seoarng juara, jadi seperti semua penyokong Barcelona, kami agak kecewa dengan keputusan-keputusan perlawanan sejak kebelakangan ini.

“Tetapi ia bukanlah penghalang untuk kami membuat perancangan untuk jangka masa panjang. Kami perlu meyakinkan Messi dengan projek yang kukuh dan boleh memberi jaminan kepadanya untuk masa hadapan.”

Kredit Foto: Transfer HQ

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Lionel Messi dan Barcelona:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN