Manchester City Meraih 3 Mata Dan Melonjak 3 Anak Tangga!

Manchester City meraih 3 mata selepas menewaskan Bournemouth 0-2  di Vitality Stadium. Ini membolehkan mereka menduduki tangga ke-2 EPL.

City memulakan perlawanan dengan baik dalam perlawanan ini. Willy Caballero menggalas tugas selaku penjaga gol.

City kehilangan penyerang muda sensasi mereka Gabriel Jesus pada awal perlawanan ini. Ia membuatkan Pep Guardiola memasukkan Sergio Aguero pada minit ke-14.

City mendominasi sebahagian besar perlawanan ini.  Mereka mendahului menerusi jaringan Raheem Sterling pada minit ke-29.

Joshua King membalas dengan cubaan menarik tidak lama selepas itu, namun gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Bournemouth turut mendapat beberapa peluang dalam perlawanan ini termasuk cubaan Arter dan Jordan Ibe.

Pada minit ke-69, City menambah jaringan. Ianya kerana jaringan sendiri oleh Mings. Sergio Kun Aguero cuba menuntut gol tersebut milik beliau.

Namun pegawai perlawanan mengesahkan ia adalah jaringan sendiri.

Kekalahan ini menyaksikan Bournemouth hanya 6 mata daripada zon penyingkiran. Mereka pastinya resah dengan keadaan ini.

Lebih-lebih lagi Swansea dan Hull menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara di bawah mereka.

Kemenangan ini sangat berharga untuk City kerana mereka mahu menghidupkan persaingan kejuaraan EPL.

Mereka hanya dipisahkan 8 mata daripada Chelsea. Manchester City akan menentang Chelsea pada April nanti.

Mereka masih ada baki 13 perlawanan untuk merampas kejuaraan seperti yang mereka lakukan pada musim 2011/12 di mana mereka menjadi juara pada hari terakhir.

City akan melalui kempen Piala FA selepas ini sebelum menentang Monaco dalam UCL untuk pusingan 16 pasukan terakhir.

Perlawanan pertama akan berlangsung di Etihad.

Baca juga: TMJ Akan Ditentang Tan Sri Annuar Musa Untuk Jawatan Presiden FAM

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN