Terengganu Dan Kuantan FA Mara Ke Pusingan Ke-3 Piala FA 2017

Semalam berlangsung 2 perlawanan Piala FA 2017 melibatkan Felcra vs Terenganu dan Sime Darby vs Kuantan FA.

Felcra 0 Terengganu 1

Terengganu berjaya melepasi cabaran Felcra dalam pusingan ke-2 Piala FA. Terengganu menang 0-1 dalam perlawanan ini.

Terengganu forward, Issey Nakajima (in black top) and Felcra FC defender, Adib Zainudin in action during their 2017 FA Cup second round match played at the Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium, Kuala Terengganu on 13 February 2017. Photo: Ahmad Ridhuan | asiana

Ketua jurulatih Terengganu melakukan beberapa perubahan dalam skuad mereka kali ini.

Namun begitu, Irfan Bakti tetap menurunkan beberapa pemain utama beliau termasuk Issey Nakajima dan Lutfulla Turaev.

Pasukan Liga FAM – Felcra berjaya memberikan saingan kepada skuad Irfan Bakti. Ini ternyata bukan perlawanan mudah untuk Terengganu.

Terengganu buntu mencari gol sepanjang separuh masa pertama. Felcra bertahan dengan ampuh walaupun diserang.

Sehinggalah pada minit ke-55, Abdul Latiff Suhaimi menjadi wira pasukan Terengganu setelah menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan ini.

Felcra harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengeluarkan bola sebaik-baiknya. Mereka cuba bermain hantaran di antara pemain di dalam kotak penalti.

Sedangkan ada beberapa pemain Terengganu sudah melakukan pressing. Abdul Latiff Suhaimi, memintas bola hantaran lemah pemain Felcra dan melarikannya ke byline.

Beliau melakukan rembatan dari sudut agak sukar. Penjaga gol Felcra hanya mampu terkedu melihat bola leret tersebut.

Sime Darby 0 Kuantan FA 3

FA Kuantan player celebrate goal during FA Cup match between Sime Darby FC against FA Kuantan at MP Selayang Stadium on 13 February 2017. Photo by Khairul Azrin / www.asiana.my

Dalam satu lagi perlawanan, Kuantan FA meneruskan kempen yang baik musim ini. Kali ini, mereka menyingkirkan saingan Sime Darby di tempat lawan.

Abdul Malik Mat Ariff meledak 2 gol dalam perlawanan ini. 2 gol tersebut dilakukan dalam tempoh 10 minit pertama. Jaringan pertama adalah seawal minit ke-2.

Tersentak dengan gol itu, Sime Darby cuba mencari gol pertama untuk mengembalikan semangat mereka dalam perlawanan ini.

Namun Kuantan FA bertahan dengan baik dan berjaya mengelakkan diri mereka daripada dibolosi.

Pada minit ke-77 ,Rafizi Zahari menamatkan sisa-sisa perjuangan Sime Darby dengan jaringan akrobatik.

Tamat perlawanan, Sime Darby tewas 0-3 di tangan pasukan yang kian menjadi perhatian ramai musim ini iaitu, Kuantan FA.

Baca juga: Manchester City Meraih 3 Mata Dan Melonjak 3 Anak Tangga!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN