Sekurang-kurangnya lima orang pemain skuad utama Manchester City tidak akan terlibat dengan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Chelsea pada Ahad ini selepas disahkan positif dengan wabak COVID-19.
Perkembangan tersebut disahkan sendiri oleh pengurus City Pep Guardiola. Sebelum ini dua pemain yang dimaksudkan adalah Kyle Walker dan Gabrierl Jesus. Dalam saringan susulan pula tiga lagi pemain disahkan dijangkiti, namun nama pemain tersebut belum didedahkan.
Perlawanan di antara pasukan berkenaan dengan Everton yang sepatutnya berlangsung pada 28 Disember sebelum ini telah ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan.
Manchester City boss Pep Guardiola has revealed five positive Covid-19 cases in his first team squad ahead of Sunday's clash with Chelsea
👉 https://t.co/RrZeVHtgEP pic.twitter.com/13qpoYBSGZ— Irish Independent Sport (@IndoSport) January 2, 2021
“Saya tidak rasa pihak EPL benarkan kami untuk namakan pemain berkenaan. Kita perlu hormati privasi pemain, tetapi rasanya kamu akan tahu juga esok,” ujar Guardiola ketika ditemubual wartawan.
“Sebenarnya kami mempunyai pemain yang cukup untuk beraksi menentang Everton, kami memang mahu bermain.
“Tetapi pada hari perlawanan dengan peningkatan kes kami telah maklumkan kepada pihak EPL dan saya secara peribadi menghubungi Carlo Ancelotti untuk menjelaskan situasi yang berlaku.”
Tambah jurulatih warga Sepanyol itu, beliau tidak mahu merisikokan pihak lain. Bagaimanapun semua pusat latihan pasukan telah pun melalui proses nyahkuman dan Guardiola berharap tiada lagi yang akan positif dalam saringan seterusnya.
“Kami ada skuad yang cukup bagus dan bersedia untuk bersaing dengan pihak lawan di Chelsea dan dapatkan keputusan yang baik dalam perlawanan tersebut.
BREAKING: Manchester City’s game against Everton today has been postponed due to a number of COVID-19 cases among the City squad pic.twitter.com/IVdqBuDBHL
— B/R Football (@brfootball) December 28, 2020
Chelsea sebelum ini turut melaporkan terdapat dua kes positif di kelab London itu, namun kedua-duanya bukan melibatkan pemain.
Chelsea dan City kini masing-masing menduduki tangga keenam dan kalapan liga di mana kedua-dua terikat dengan 26 mata, namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan. Bagaimanapun City mempunyai dua perlawanan dalam tangan.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester City dan Chelsea:
Selepas Arsenal Teruk Dibelasah City, Guardiola Kata Silap Besar Jika Arteta Dipecat
Adakah Havertz Bakal Menjadi ‘Besi Karat’ Seterusnya Di Chelsea?