‘Cipta Sejarah Ke Pusingan 16 Terbaik’- Ini Sebab Indonesia Wajar Rasa Bangga

Indonesia secara rasminya kini berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik bagi saingan Piala Asia 2023, selepas keputusan membabitkan wakil Kumpulan F iaitu Kyrgyzstan serta Oman terikat seri 1-1.

Hasil keputusan itu menyaksikan Indonesia muncul selaku antara pasukan terbaik di kedudukan ketiga, sekali gus membawa mereka ke pusingan 16 terbaik Piala Asia.

Apa yang menarik pada Indonesia, persiapan mereka jelas tidak begitu memberansangkan pada setiap aksi persahabatan serta kelayakan Piala Dunia 2026 dengan rentetan kekalahan serta hanya seri mampu dicatat.

Rekod-rekod kekalahan sebelum itu jelas menjadikan Indonesia sebagai antara pasukan yang diramal bakal menemui kegagalan penuh untuk saingan Piala Asia 2023 termasuk dalam kalangan penyokong mereka sendiri.

Apatah lagi Indonesia juga diletakkan bersama pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Iraq, serta Vietnam dan mereka juga sebenarnya seolah tidak mempedulikan cabaran Sang Garuda sebelum saingan berlangsung.

Namun, kejutan berjaya dicipta pasukan itu apabila mereka hanya mencatat kekalahan tipis 1-3 pada aksi pertama ketika menentang Iraq bersama aksi cukup menyakinkan.

Untuk aksi kedua, skuad kendalian Shin Tae-yong akhirnya berjaya merangkul kemenangan sulung mereka selepas pasukan tersebut mengetepikan Vietnam menerusi keputusan penuh 0-1.

Pada perlawanan terakhir mereka di peringkat Kumpulan D lalu, Indonesia sebenarnya diramal bakal menjadi mangsa amukan Jepun dengan jaringan besar sebelum mereka membuktikan suatu menyakinkan.

Pada aksi tersebut, Indonesia mencatat kekalahan 1-3 kepada Jepun, dan lebih menarik pasukan tersebut juga berhasil mendapatkan satu jaringan untuk merobek gawang lawan kali ketiga pada pentas Piala Asia melalui ledakan tunggal Sandy Walsh pada masa tambahan separuh masa pertama.

Apa yang membuatkan Indonesia terutama para penyokong mereka sendiri wajar berbangga dengan prestasi Sang Garuda?

Mereka tampil sebagai pasukan kedua menduduki ranking terendah untuk saingan Piala Asia, Indonesia sebenarnya tidak begitu diberikan tumpuan untuk mencipta siri kejayaan di peringkat kumpulan serta diramal menjadi mangsa belasahan lawan seperti Jepun dan Iraq.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila mereka hanya mencatat kekalahan tipis 1-3 kepada Iraq serta 1-3 di tangan Jepun selain merekodkan kemenangan 1-0 mengatasi Vietnam.

Berjaya raih 3 gol di Pentas Piala Asia

Pasukan yang menduduki kelompok 140 dunia mencipta gol ketika berdepan gergasi Asia/Asia Tenggara iaitu Iraq, Vietnam dan Jepun, ianya jelas sesuatu perlu dibanggakan.

Jepun yang memiliki rantaian pemain elit seperti Takefusa Kubo, Ritsu Doan, Junya Ito, dan ramai lagi gagal untuk menyekat kemaraan Sang Garuda untuk turut mencipta jaringan pada aksi terdahulu.

Malah, pemain muda seperti Marselino Ferdinan dan Asnawi Mangkualam juga berjaya memastikan diri mereka untuk tampil selaku antara penjaring buat Indonesia.

Rantaian pemain muda diperkenalkan Sang Garuda

Indonesia tampil pada saingan Piala Asia kali ini dengan menampilkan ramai pemain muda berkualiti dengan merangkumi anak tempatan serta warisan.

Untuk kategori pemain tempatan, Shin Tae-yong telah pun menyenaraikan sembilan pemain muda bawah usia 25 tahun seperti Marselino Ferdinan, Ernando Ari, Hokky Caraka, dan lain-lain.

Bagi pemain warisan pula, lima pemain berusia 25 tahun ke bawah dibawa untuk memperkukuhkan barisan tonggak Indonesia ke saingan Piala Asia bersama aksi cuku berkualiti.

Malah, hanya seorang pemain naturalisasi dibawa pasukan tersebut kali ini dengan mereka memperkenalkan Marc Klok seorang sahaja.

Secara keseluruhan jika Indonesia tidak layak ke pusingan 16 terbaik sekali pun, mereka telah merekodkan 1 kemenangan dan 2 kekalahan bersama 3 jaringan serta dibolosi enam gol sahaja.

Adakah ianya merupakan sesuatu wajar dibanggakan?

Pada pendapat kami ya, apabila mereka tidak menjadi mangsa belasahan serta mampu merekodkan gol bersama aksi konsisten di sebalik ramai pemain muda diperkenalkan.

Malah, ini menjadi sejarah baharu buat pasukan tersebut buat pertama kali untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023.

Tahniah Sang Garuda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN