CIMB Liga Super 2020: Selangor Mangsa Kemenangan Sulung Kedah

Kedah

Kedah akhirnya menikmati nikmat kemenangan yang amat dicari dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 selepas menundukkan Selangor 2-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Kemenangan berharga itu turut memberikan makna yang lebih besar buat Kedah setelah skuad Lang Merah itu berjaya mencalarkan rekod tanpa kalah Selangor.

Pemain tengah Selangor, Brendan Gan terlebih dahulu menguji gawang pasukan tuan rumah apabila ledakan padunya dari luar kawasan penalti pada minit ke-10 ditangkap kemas penjaga gol, Mohd Shahril Saa’ri.

Kedah selepas itu tampil dengan lebih garang dalam usaha mereka menembusi gawang Selangor dan segalanya berada di landasan yang tepat setelah pertahanan kelahiran Brazil, Renan da Silva Alves membuka akaun jaringan pada minit ke-15.

Gol tersebut menjelma hasil tandukan Renan berpunca daripada sepakan percuma Azamuddin Mohd Akil yang tidak mampu dihalang Khairulazhan Khalid sekaligus memberikan jaringan pendahuluan buat Kedah.

Bagaikan mendapat tonik berguna daripada jaringan itu, Hadin Azman hampir menambah jaringan pada minit ke-29 selepas larian pantasnya gagal dihalang pertahanan Selangor. Beliau yang memilih untuk melakukan percubaan dihampakan selepas Khairulazhan menafikan rembatannya.

Kelincahan Hadin terus menjadi masalah buat pasukan pelawat selepas apabila lariannya derasnya berjaya melepasi kawalan pertahanan dan beliau melepaskan rembatan yang ditepis Khairuazhan.

Susulan dari percubaan Hadin itu, Kpah Sherman yang tidak dikawal dengan tenang menolak masuk bola untuk melebarkan kedudukan ketika aksi babak pertama semakin menghampiri penghujung.

Meskipun kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mengubah pada separuh masa kedua, tiada tambahan jaringan dapat disaksikan untuk perlawanan berkesudahan 2-0 memihak Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN