Selepas dua kekalahan dalam dua perlawanan pertama Liga Super Malaysia (MSL 2020), Kedah merupakan salah sebuah pasukan yang masih belum memiliki mata pada musim ini.
Berkunjung ke Stadiu UiTM Shah Alam, skuad kendalian Aidil Sharin akan berhadapan dengan anak buah Frank Bernhardt yang kini berada di kedudukan tercorot liga juga dengan dua kekalahan.
Gambar kesebelasan utama kedua dua pasukan malam ini.#UiTMKED#WhenTheLionsRoar pic.twitter.com/IgrTKPcbm9
— UiTM FC Lions (@uitmfclions) March 11, 2020
Ini menjadikan pertemuan diantara UiTM FC V Kedah pada malam ini dijangka sengit, dalam usaha kedua-dua pasukan memburu mata dan kemenangan pertama pada musim ini.
Sejak wisel permulaan ditiup, skuad Lang Merah terus mendominasi perlawanan dengan asakan bertali arus ke arah gawang UiTM FC dan menyaksikan tandukan penyerang import Kedah, Kpah Sherman mengegarkan palang seawal minit ke-7 perlawanan.
UiTM FC pula tidak berdiam diri dan turut cuba mengatur beberapa gerakan untuk mengancam kubu pertahanan Kedah melalui gandingan Rabih Ataya dan Gustavo Almeida.
Pada minit ke-19, UiTM FC gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila hantaran cantik Ataya gagal disempurnakan Almeida yang berjaya dihadang oleh Renan Alves ketika sudah berhadapan Shahril Saari.
Alves sekali lagi menyelamatkan keadaan buat Kedah apabila sekali lagi tampil dengan hadangan keras untuk menafikan Almeida pada minit ke-25 perlawanan.
30' | GOL SHERMAN!@official_kfa kini mendahului @uitmfclions melalui gol Kpah Sherman.#CIMBLigaSuper2020#UiTMKED #MFLLive pic.twitter.com/7jbOWoavRa
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 11, 2020
Benteng UiTM FC bagaimana pun dihukum oleh Kedah memalui sepakan percuma pantas yang memerangkap barisan pertahanan UiTM FC, disusuli embatan dari luar kotak penalti oleh Kpah Sherman, sekaligus menewaskan Haziq Aris.
Kedudukan 1-0 memihak kepada Kedah kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.
HT | TAMAT SEPARUH MASA PERTAMA
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 11, 2020
6 gol dalam 45 minit pertama.@FCTerengganu 1-1 @FASelangorMy @uitmfclions 0-1 @official_kfa @peraktbgmy 1-0 PJ City FC@feldaunitedfc 2-0 @MelakaUnitedSA #CIMBLigaSuper2020 #TERSEL#UiTMKED#PRKPJC#FELMEL#MFLLive pic.twitter.com/D3XNrCFHSq
Bersambung saingan babak kedua, UiTM FC terus berusaha memburu gol penyamaan. Hantaran lintang Ataya pada minit ke-53 menjelmakan peluang untuk UiTM FC menyamakan kedudukan, namun gagal dimanfaatkan oleh Almeida.
Kedah berpeluang melebarkan pendahuluan pada minit ke-59 melalui sepakan penalti, selepas pemain import Ousmane Faye dipersalahkan pengadil kerana tangan terkena bola.
60' | Sepakan penalti Kpah Sherman diselamatkan oleh penjaga gol @uitmfclions Haziq Aris!#CIMBLigaSuper2020#UiTMKED#MFLLive pic.twitter.com/R8JLB3csmn
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 11, 2020
Namun sepakan penalti oleh Kpah Sherman berjaya dita,pan oleh Haziq.
UiTM FC terus kempunan untuk menyamakan kedudukan apabila Almeida sekali lagi mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan setelah tandukannya tersasar pada minit ke-70 perlawanan.
82' | GOL GUSTAVO ALMEIDA!@uitmfclions meyamakan kedudukan di Stadium UiTM Shah Alam.#CIMBLigaSuper2020#UiTMKED#MFLLive pic.twitter.com/EWyxV4vLhM
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 11, 2020
Almeida akhirnya berjaya menembusi gawang Kedah pada minit ke-81 apabila pemain itu berjaya melepaskan diri dari kawalan benteng pertahanan Lang Merah untuk menympurnakan hantaran dari Shafiq AlHafiz.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat, bermakna UiTM FC memperolehi mata pertama mereka sejak dinaikkan ke saingan Liga Super.