CIMB Liga Super 2020: Pahang Intai Kemenangan Kedua

Pahang

Selepas mengecapi nikmat kemenangan sulung saingan CIMB Liga Super 2020 ketika menundukkan Sabah 2-0 di laman sendiri pada Selasa lalu, Pahang kini mengintai peluang untuk meneruskan rentak kemenangan tersebut.

Skuad bimbingan Dollah Salleh itu bakal berkunjung ke Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini untuk berdepan Melaka yang terluka akibat tumpas pada aksi menentang Felda United di Jengka.

Pahang sebelum ini sedikit tertekan selepas tewas pada dua aksi awal bertemu Selangor dan PJ City FC. Kemenangan di Stadium Darul Makmur itu nyata sedikit melegakan dan skuad Tok Gajah enggan memandang ke belakang lagi.

“Dua kekalahan berturut-turut sebelum bangkit meraih kemenangan memerlukan komitmen tinggi semua pemain untuk kekal konsisten biarpun sedar saingan getir bakal dihadapi.”

“Lebih-lebih lagi, Melaka dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada FELDA United FC dan sudah pasti mereka mahu menebus kekecewan itu di laman sendiri,” ujar pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang bercakap kepada wakil Harian Metro.

“Mahu atau tidak Pahang tidak boleh terlepas mata kerana saingan daripada pasukan teratas semakin getir biarpun bermain tanpa kehadiran penonton.”

Dalam pada itu, selain daripada terus menyandarkan harapan kepada penyerang import, Ivan Carlos yang semakin membuktikan kemampuannya, Datuk Mohammed Suffian turut melihat faktor konsisten dan fokus bakal menjadi penentu kepada keputusan perlawanan.

“Sentuhan jaringan Ivan Carlos yang sudah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terus ditagih sambil dibantu pemain lain.”

“Saya percaya jika prestasi konsisten dan kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan, tiga mata akan menjadi milik skuad Tok Gajah,” katanya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pasukan Pahang:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN