Astro Tak Rancang Bagi ‘Refund’ Kepada Pelanggan Sports Pack

Astro tidak akan menawarkan pulangan wang kepada pelanggan Sports Pack mereka lantaran kekurangan kandungan siaran langsung Premier League, EFL, Champions League dan kejohanan sukan lain yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

Penyiar sukan ketika ini berdepan dengan masalah penangguhan banyak program siaran langsung kerana penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Astro nampak masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai tindakan mereka susulan penangguhan aksi Premier League yang dibuat malam semalam.

Seperti penyiar sukan lain, Astro pastinya mengharapkan penangguhan ini tidak akan berlanjutan terlalu lama. Premier League membuat keputusan untuk menangguhkan liga sehingga 3 April. UEFA pula mengumumkan penangguhan hanya untuk aksi minggu depan sahaja.

Buat sementara waktu, Astro menggantikan siaran langsung Premier League yang tertangguh pada malam ini dengan ulangan perlawanan Premier League yang lepas.

Astro Supersport 3 (813) yang sepatutnya menyiarkan perlawanan Brighton & Hove Albion menentang Arsenal pada pukul 8.30 malam waktu Malaysia contohnya, menggantikannya dengan ulangan kemenangan 4-0 Leicester City ke atas Aston Villa.

Hanya saluran Fox Sports yang akan menawarkan aksi siaran langsung perlawanan pada minggu ini.

Pada pukul 10 malam ini, Fox Sports 3 (817) menyiarkan siaran langsung Indian Super League. Pada sekitar waktu sama, Fox Sports (815) pula menyiarkan siaran langsung perlawanan Bundesliga iaitu Revierderby antara Borussia Dortmund menentang Schalke 04.

Tetapi seperti Premier League, Bundesliga selepas hujung minggu ini turut akan ditangguhkan. Bermakna pada hujung minggu depan, tiada siaran langsung bola sepak akan dapat disajikan kepada pelanggan Astro Sports Pack.

Semuanya BOLA ada bertanya kepada Astro apakah pelanggan Astro Sports Pack boleh mendapatkan pulangan wang (refund) disebabkan ketiadaan program siaran langsung sukan – yang menjadi tarikan utama pelanggan sanggup membayar pakej langganan lebih RM100 sebulan.

Wakil Astro menjawab: “Tiada rebat akan diberikan kepada pelanggan kerana penangguhan siaran langsung sukan.”

Jawapan ini konsisten dengan artikel 9 Syarat-Syarat dan Terma untuk pelanggan Astro yang menyebut syarikat tersebut tidak bertanggungjawab jika ada berlaku gangguan siaran kandungan, di dalam atau di luar kawalan mereka:

Astro is neither responsible nor liable to the Customer for interruptions, any programmes that are erased, deleted or cannot be retrieved from the Customer’s Astro PVR, Ultra Box, Astro Cloud or EHDD for any reason whatsoever, suspension or termination of the Services for any reason whatsoever, whether or not within its control, including but not limited to the failure of power, transponders, satellite or satellite transmissions, satellite ground control equipment, signal processing and uplink equipment , acts of God, emergencies, military operations, civil disorder, industrial disputes of any kind, fire, flood, lightning, rain, sun or other weather outages, explosion, acts or regulations by the government (including the withdrawal of consents, permits or licences) or failure, termination or cessation by third parties to provide programming/channels included in the Services and any force majeure reasons. 

Astro juga tidak menjanjikan pulangan wang kepada pelanggan jika gangguan siaran berlaku:

Astro will not be liable to the Customer for any refunds of the Subscription Fee, or any other claims or for any costs incurred by the Customer in obtaining substitute services, nor for any loss of profits or business or other direct, special, indirect, incidental or consequential damages, even if Astro has been advised in advance that such loss may occur.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Astro:

Leave a Reply