CIMB Liga Super 2020: Melaka United Kecewa Lagi

Romel Morales

Melaka United gagal meraih mata penuh buat kali kedua berturut-turut apabila tewas tipis 0-1 kepada naib juara liga musim lalu, Pahang, dalam aksi minggu ke-4, CIMB Liga Super 2020 di Stadium Hang Jebat, Melaka, sebentar tadi.

Jaringan pemain gantian babak kedua, Dickson Nwakaeme pada minit ke-67, berjaya menjadi pemisah kepada kedua-dua pasukan dan memberikan Tok Gajah tiga mata penuh kedua mereka pada musim ini – selepas tewas dalam dua aksi pertama liga.

Hujan lebat yang membasahi bumi Melaka telah menyebabkan tempo perlawanan agak perlahan ditampilkan oleh kedua-dua pasukan dalam 10 minit awal aksi.

Selain itu, aksi kedua-dua pasukan dilihat sedikit hambar apabila perlawanan telah diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong menyaksikan tiada kerancakan dalam serangan yang dicatur oleh kedua-dua pasukan sejak awal permainan.

Walaupun hujan kembali reda selepas 10 minit aksi berlangsung, tiada gol dihasilkan pada babak pertama dengan Pahang dan Melaka United dilihat cuba untuk bermain dengan berhati-hati, mungkin dengan keadaan padang yang sedikit basah.

Uche-Agba-Fazly-Mazlan-Melaka-United-Pahang-Liga-Super-2020
Penyerang Melaka United, Uche Agba ketika aksi minggu ke-4 CIMB Liga Super 2020 menentang Pahang. FOTO: Melaka United

Melaka United hampir memperolehi gol pertama pada minit ke-8 namun kekalutan di depan gawang Sharbinee Allawee gagal dimanfaatkan oleh Uche Agba sebelum Pahang membuat serangan balas yang turut gagal disudahkan oleh Ivan Carlos.

Turun tanpa penyerang import, Dickson Nwakaeme, pengendali Pahang, Dollah Salleh mempertaruhkan gandingan penjaring terbanyak mereka, Ivan Carlos bersama Mohamadou Sumareh di jentera serangan serta dibantu Nor Azam Azih.

Melaka United tampil lebih baik dalam mengatur asakan dan pada minit ke-20, Uche Agba mempersia-siakan peluang pintu gawang terbuka apabila gagal menyambut dengan baik lorongan rendah Sony Norde dari sebelah kanan pintu gol Pahang.

Selang empat minit kemudian, Uche Agba sekali lagi telah membuang peluang apabila terlalu lama memegang bola yang akhirnya telah menyebabkan bola tersebut berjaya dirampas oleh pertahanan pelawat, S. Kumaahran, di depan gawang.

Melaka United yang turun pertama kali tanpa kapten dan perancang pasukan, Safiq Rahim dilihat gagal menguasai bahagian tengah dengan Nor Azam Azih menyerlah menguasainya untuk perlahan-lahan Pahang mula memegang perlawanan.

Begitupun, benteng tuan rumah dilihat kukuh dalam mengekang asakan yang diatur pasukan pelawat dengan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dibenarkan berehat panjang oleh jentera serangan Tok Gajah sepanjang aksi babak pertama.

Sony-Norde-Melaka-United-Pahang-Liga-Super-2020
Penyerang Melaka United, Sony Norde ketika aksi minggu ke-4 CIMB Liga SUper 2020 menentang Pahang. FOTO: Melaka United

Sebelum babak pertama berakhir, Fazly Mazlan berjaya mengeluarkan hantaran kemas Sony Norde ke depan gol sebelum berjaya disambut oleh Ferris Danial, yang telah memulakan gerakan serangan tersebut daripada tengah padang.

Dollah Salleh dilihat cuba untuk menambah sengat di jentera serangan apabila memasukkan Dickson Nwakaeme di awal babak kedua menggantikan Gopi Rizqi.

Perubahan ini menyaksikan Mohamadou Sumareh kembali ke posisi sayap dan Ivan Carlos bergandingan bersama Dickson Nwakaeme. Pahang berjaya memperbaiki sedikit persembahan mereka sejak kemasukkan Dickson Nwakaeme.

Walaupun beberapa kali Dickson Nwakaeme memperolehi peluang di depan gawang tuan rumah, namun kegagalannya mencari ruang untuk melepaskan rembatan telah menyebabkan tiada percubaan berjaya dillakukannya ke gawang tuan rumah.

Dan akhirnya, di minit ke-67, Dickson Nwakaeme berhasil meledak gol pembukaan perlawanan dan jaringan pertama Pahang selepas menerima hantaran kemas Ivan Carlos, membuka ruang untuknya melepaskan rembatan deras mengegar jaring.

Kemasukkan Safiq Rahim pada minit ke-77 dilihat berjaya memperbaiki pergerakan skuad Hang Tuah di jentera tengah dan hasil gerakannya bersama Sony Norde gagal disudahkan oleh Syamim Yahya dengan percubaan tersasar pada minit ke-81.

Sony Norde berjaya membuat percubaan terakhir menerusi sepakan percuma jauh yang berjaya ditangkap kemas oleh Sharbinee Allawee pada penghujung perlawanan.

Kekalahan kedua ini akan menyebabkan Melaka United turun lagi ke kedudukan lebih bawah dan turut menyaksikan mereka gagal bangkit selepas kekalahan mengejut kepada FELDA United pada minggu ketiga Liga Super tempohari.

KREDIT FEATURED IMAGE: MELAKA UNITED SA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN