‘Ciapan Wartawan Itu Beri Persepsi Negatif’ – Kedah Ambil Tindakan Undang-Undang

Kedah Wartawan Astro Zulhelmi lapor LHDN

Seperti mana dalam artikel sebelum ini, Semuanya BOLA turut ada mempersoalkan surat LHDN kepada Kedah Darul Aman yang didedahkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang dilihat bertarikh Ogos.

Pada sebelah petang tadi, Zulhelmi telah membuat ciapan kandungan sekeping surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada pengurusan Kedah mengenai tunggakan cukai pasukan Kedah yang dikatakan menjejaskan pergerakan pemain dan jurulatih ke luar negara.

Berdasarkan butiran surat tersebut, ia mungkin telah dikeluarkan pihak LHDN atas sebab pertemuan dengan wakil pasukan pada hari tersebut untuk membincangkan masalah tunggakan tersebut. Tunggakan adalah untuk tempoh setahun bermula pada Julai 2021 sehingga Julai 2022.

Zulhelmi Zainal Azam Astro Arena ciapan Kedah
FOTO: Twitter Zulhelmi Zainal Azam

Berdasarkan kenyataan Zulhelmi, tunggakan itu menyebabkan pergerakan beberapa staf kejurulatihan dan pemain import ke luar negara terjejas.

Sebagaimana yang kita tahu, Sang Kenari terlibat dengan saingan Piala AFC di Indonesia ketika peringkat kumpulan diikuti separuh akhir Piala AFC Zon Asean menentang PSM Makassar pada bulan Jun dan Ogos lalu.

Selain itu, turut dilihat pengendali, Aidil Sharin Sahak pulang ke Singapura pada September termasuk Mahmoud Al-Mardi yang pulang untuk tugasan antarabangsa bersama Jordan, juga pada bulan September yang lalu.

Tidak dapat dipastikan sama ada pergerakan pengendali dan pemain-pemain Kedah terjejas. Hanya terdapat satu kes di mana penyerang import, Ngah Wanja yang terpaksa ‘terbang’ lewat sehari ke Indonesia ketika saingan Piala AFC, dikatakan akibat masalah visa penerbangan.

Terdapat kemungkinan bayaran telah mula dijelaskan oleh pengurusan pasukan selepas pertemuan dengan LHDN pada tarikh surat tersebut dikeluarkan. Ia bagi memudahkan urusan pergerakan ke luar negara seperti Aidil Sharin yang pulang ke Singapura pada September.

Penangan Menang Derbi Utara, Aidil Sharin Terus Pulang Ke Singapura

Pengurusan Kedah dengan pantas membuat penafian dan juga penjelasan mengenai isu tersebut yang dikatakan tidak tertunggak sehingga ke hari ini.

Malah, Kedah juga bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas ciapan wartawan itu yang menurut mereka ada niat jahat dan satu bentuk pengkhianatan. Selain itu, media sosial dan media bercetak yang menggunakan ciapan tersebut juga tertakluk kepada tindakan undang-undang.

“KDA FC merujuk satu ciapan oleh pemegang nama ciapan @zulhelmizainal1 (Zulhelmi Zainal Azam) dibuat pada hari ini 10 Oktober 2022, Isnin pada jam 4.33 petang. Beliau dikenali umum sebagai seorang wartawan sukan dari Astro Arena.”

“KDA FC menafikan sekeras-kerasnya ciapan beliau dan akan mengambil tindakan selaras dengan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej KDA FC. Satu notis tuntutan atas kenyataan fitnah akan diserahkan dalam masa terdekat.”

“KDA FC amat dukacita dengan penyebaran dokumen sulit berkenaan tanpa kebenaran dan rumusan dibuat wartawan tersebut telah memberi persepsi negatif kepada pengurusan kelab serta imej negeri Kedah. Penyebaran tanpa kebenaran ini adalah suatu bentuk pengkhianatan dan berniat jahat dan KDA FC akan membuat aduan kepada pihak LHDN dan MFL serta menjalankan siasatan dalaman bagi memastikan dokumen sulit tidak menjadi senjata musuh yang cuba memberi gambaran buruk kepada KDA FC.”

Facebook Kedah Darul Aman FC

Berikut adalah kenyataan penuh pihak pengurusan Kedah sebentar tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN