Christian Vieri: Nilai Erling Haaland Akan Melonjak Sehingga €300 Juta

Erling Haaland

Bekas penyerang Itali, Christian Vieri mengakui bahawa pemain muda meningkat naik, Erling Haaland bakal memecahkan rekod perpindahan termahal dunia pada satu hari nanti.

Vieri yang mengecapi nikmat kegemilangan ketika menyarung jersi Inter Milan turut melabel bintang muda berusia 19 tahun itu sebagai penyerang terbaik di dunia pada ketika ini.

Anak kepada bekas pemain Leeds United, Alf-Inge Haaland itu mengambil keputusan untuk berhijrah ke Borussia Dortmund selepas memeterai kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan berjumlah €20 juta.

Keupayaan luar biasa ketika beraksi di pentas bola sepak Eropah ditunjukkan Haaland turut mencuri perhatian Christian Vieri yang memuji pemain tersebut.

”Haaland adalah yang terkuat daripada semuanya dan amat bagus dia memilih Borussia Dortmund, kelab terbaik untuk mengembangkan bakatnya.”

Embed from Getty Images

”Dalam tempoh beberapa tahun lagi, dia akan berhijrah ke kelab hebat dengan nilai €200 juta (£175 juta), atau mungkin €300 juta (£262 juta),” ujar Vieri menurut laporan dikeluarkan Goal.

Kenyataan Vieri itu ada asasnya apabila Haaland pantas membuktikan pelaburan kelab gergasi Jerman itu berbaloi setelah beliau menjaringkan sembilan gol dalam lapan penampilannya dalam saingan Bundesliga.

Haaland turut mencuri tumpuan apabila beliau menjaringkan dua gol ketika membantu Borussian Dortmund menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 pada aksi pertama peringkat 16 yang berlangsung di Signal Iduna Park, Dortmund.

Dengan kualiti hebat dimiliki serta beliau terus menjadi buruan kelab besar di Eropah, tidak mustahil nilai Haaland akan terus melonjak untuk beberapa tahun lagi.

Saga perpindahan yang mengejutkan Neymar ke PSG pada Ogos 2017 dengan nilai €222 masih lagi menjadi perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak dunia.

Kredit foto: Max Maiwald/DeFodi Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Erling Haaland:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN