Sensasi Haaland Meledak Lagi, Sudah Jaring 5 Gol Dalam 2 Perlawanan

Erling Haaland

Erling Braut Haaland terus mengumumkan namanya di Bundesliha dengan cara yang sangat sensasi.

Sebelum ini, pemain itu masuk sebagai pemain gantian ketika debut dan menjaringkan hatrik – bagi membantu Borussia Dortmund menang 5-3 ke atas Augsburg.

Pada perlawanan kedua dengan Dortmund, beliau menjaringkan dua lagi gol. Kali ini disaksikan oleh Yellow wall, dalam kemenangan 5-1 ke atas Koln.

Haaland dibawa masuk pada minit ke-65 oleh Lucien Favre menggantikan Thorgan Hazard. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-77.

10 minit kemudian beliau menjaringkan gol kelima Borussia Dortmund dalam perlawanan tersebut dan gol kelima peribadinya.

Gol tersebut mirip kepada gol Mohamed Salah ketika berhadapan dengan pasukan Haaland sebelum ini, cuma dari jarak lebih dekat.

Teryata pemain itu tidak lupa membawa buku nota ketika itu kan?

Beliau kini menjaringkan 5 gol dalam masa 57 minit aksi di Bundesliga.

Penyerang antarabangsa Norway itu kelihatan tak mampu dihentikan ketika ini.

Beliau menjadi pemain pertama menjaringkan lima gol dalam dua perlawanan pertama Bundesliga secara peribadi.

Kemenangan ini membolehkan Borussia Dortmund mengikat Bayern Munich secara kutipan mata.

Namun Bayern masih ada satu perlawanan kurang daripada mereka. Borussia Dortmund selepas ini akan turun menentang Union Berlin di Signal Iduna Park.

Mungkin Haaland selepas ini akan diberikan tempat dalam kesebelasan utama buat pertama kali, selepas 2 aksi sebagai pemain gantian yang cemerlang. Itu membuktikan beliau sudah benar-benar bersedia.

Erling Braut Haaland menyertai Borussia Dortmund selepas perpindahan ke Man United gagal dimeterai.

Mino Raiola menyatakan, Haaland mahu ke Dortmund kerana pasukan itu mampu membangunkan bakatnya dan juga menawarkan peluang beraksi di kesebelasan utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN