Pengurus Sheffield United Tampal Artikel Kutukan Untuk Motivasi Pemain

Pengurus Sheffield United, Chris Wilder menampal artikel-artikel mengutuk kelabnya di bilik persalinan pasukan di Bramall Lane sebagai bahan motivasi kepada pemain-pemainnya.

Taktik motivasi ini pernah digunakan oleh Wilder untuk memotivasikan pemain-pemainnya di EFL Championship pada musim lepas.

Ketika itu Wilder mencetak sebuah artikel yang mengutuk dua pemainnya – David McGoldrick dan Billy Sharp – sebagai journeymen (pemain ‘biasa-biasa’).

Kemudian beliau menampalnya di bilik persalinan dan meminta pemainnya untuk membuktikan artikel tersebut salah.

Artikel tersebut ditulis oleh Nottingham Post dan boleh dibaca di sini.

Jelas sekali taktik motivasi Chris Wilder berjaya. Sheffield United menduduki tangga kedua EFL Championship musim 2018/2019, sekaligus layak ke Premier League pada musim ini.

Cara unik Wilder memotivasikan pemainnya The Blades ini kemudiannya diabadikan dalam lirik lagu chant Allez Allez Allez versi Sheffield United.

We are Sheff United
They call us the Blades
We’ve got Billy Sharp
He’s a legend at the Lane
Basham and O’Connell

Overlapping down the wing
Duffy, Fleck and Norwood
With his f****** ping
ALLEZ ALLEZ ALLEZ (x4)

Chris Wilder is our gaffer
He leads us all the way
Playing proper football
The Sheff United way
ALLEZ ALLEZ ALLEZ (x4)

He stuck the paper on the wall
They called us journeymen

Now we’re going on a journey
To the f****** Prem
ALLEZ ALLEZ ALLEZ

Anda boleh menyaksikan bagaimana lagu chant ini dinyanyikan oleh penyokong The Blades dalam video di bawah:

Selepas berjaya naik ke Premier League, Sheffield United serta-merta dilabel sebelum musim bermula sebagai pasukan pilihan yang bakal menghuni tangga tiga terbawah liga.

Adrian Durham adalah salah seorang ‘pakar’ yang meramalkan anak buah Chris Wilder akan tersingkir semula ke Championship. Bercakap dalam rancangan radio di Talksport, Durham memberitahu:

“Sheffield United akan tersingkir. Mereka tak mengambil Premier League secara serius. Mereka masih menganggap Billy Sharp pemain bagus untuk Premier League. Kualitinya standard League One sahaja.”

Bekas pemain Stan Collymore pula menulis di kolumn akhbar The Mirror:

“Sheffield United adalah pasukan yang baik tapi mereka tak patutnya berada di kedudukan kelima atau keenam. Jika sekarang adalah pertengahan 90-an, dengan prestasi mereka sekarang, mereka mungkin menduduki tangga ke-12 atau ke-13. Itu pun dah kira baguslah tu.”

Wartawan Daily Mail, Martin Samuel pula menulis:

“Liga yang beri peluang Sheffield United jadi pesaing slot Eropah sebenarnya liga yang tak menunjukkan kekuatan sebenar.”

Pundit dari BBC Sport, Garth Crooks pula lebih kejam. Pada awal musim, Crooks melabel gaya permainan Wilder sebagai ‘basic’.

“Ini kali ketiga saya tengok Sheffield United main. Mereka akan bergelut. Mereka tiada penyerang tajam di depan dan secara jujurnya, saya rasa gaya permainan mereka sangat ‘basic’ untuk Premier League”.

Komen Crooks itu membuatkan penyokong The Blades meradang. Malah walaupun The Blades mempamerkan prestasi cemerlang menjelang Disember lepas, Crooks masih lagi mempertahankan komen beliau bahawa taktik permainan Wilder itu ‘basic’.

Melihat kutukan demi kutukan yang terpaksa dihujani oleh pemain-pemainnya, Chris Wilder melakukan taktik motivasi sama seperti musim lepas untuk membakar semangat mereka.

Bercakap di podcast ‘At Home’ yang dihoskan oleh Colin Murray di BBC Radio 5, Wilder memberitahu beliau sendiri ‘panas’ apabila membaca artikel-artikel kutukan itu.

“Saya dan pemain ada Whatsapp group. Semua artikel kutukan di-forward ke situ. Saya rasa mereka [pengkritik] terlalu banyak merepek. Saya bengang dan mahu buktikan mereka salah. Saya sedikit sensitif bila orang kutuk kami pasal benda yang tak betul.”

“Jadi saya suruh kawan saya yang bekerja sebagai editor di Oxford Mail untuk meletakkan semua ayat kutukan dalam bentuk muka hadapan akhbar. Kemudian saya tampal semuanya di bilik persalinan. Biar semua pemain dapat tengok.”

Berdasarkan prestasi The Blades di Premier League ketika ini, ternyata taktik motivasi Chris Wilder sangat berjaya.

Sheffield United kini sedang berada di landasan terbaik untuk layak ke Eropah, menduduki tangga ketujuh liga dengan hanya dua mata di belakang Manchester United di tangga kelima.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Sheffield United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN