China telah dipilih sebagai tuan rumah pertama Piala Dunia Kelab FIFA dengan format baharu pada 2021.
Kejohanan tersebut turut disifatkan oleh PresidenPersekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino sebagai pertandingan Piala Dunia Kelab ‘yang sebenar-benarnya’.
Kejohanan tersebut sebelum ini menyaksikan hanya tujuh kelab mengambil bahagian, akan diperluaskan penyertaan kepada 24 kelab pada 2021.
China are set to be confirmed as hosts for 2021 FIFA Club World Cup https://t.co/KZNPMTiqxQ
— Republic (@republic) October 21, 2019
Kelab-kelab utama Eropah sebelum ini pernah berkata akan memboikot kejohanan tersebut.
“Kejohanan baharu ini adalah pertandingan yang dinanti-nantikan oleh setiap pihak yang cintakan sukan bola sepak,” ujar Infantino.
Qatar akan menjadi tuan rumah untuk dua edisi kejohanan yang menampilkan tujuh pasukan.
Edisi 2019 kejohanan tersebut akan berlangsung pada 11 November hadapan, dan juara Eropah, Liverpool akan layak secara automatik ke peringkat separuh akhir seminggu kemudian.
Liverpool will reportedly be part of a list of 24 teams selected for revamped 2021 FIFA Club World Cup in China. Only 8 European Teams will take part of it with Atletico Madrid, Chelsea, & Real Madrid also being part of the 8. pic.twitter.com/yPhi3oZi4t
— SportsObama.com (@SportsObama) October 22, 2019
Pada Mac lalu Persatuan Kelab Bola Sepak Eropah (ECA) menzahirkan kerisauan mereka akibat memperluaskan jumlah pasukan bertanding dalam kejohanan tersebut.
Lembaga Pengarah ECA yang turut dianggotai oleh Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward menandatangani satu deklarasi untuk membantah pertandingan tersebut diperluaskan penyertaan, dan berkata ECA akan memboikot kejohanan tersebut.
Ketika berucap di mesyuarat Majlis FIFA yang diadakan di Shanghai, Infantino berkata keputusan menganjurkan kejohanan tersebut di China adalah satu sejarah, dan bertujuan untuk memajukan bola sepak di rantau Asia.
“ia adalah Piala Dunia [Kelab] pertama yang sebenar-benarnya, dimana kelab-kelab terbaik [dunia] akan bertanding,” ujar beliau.