Indonesia Sah Jadi Tuan Rumah Piala Dunia B-20 2021

Setelah bertungkus lumus membuat bidaan sebelum ini, FIFA akhirnya mengesahkan Indonesia akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) pada tahun 2021.

Pengumuman itu dibuat oleh pihak PSSI selepas pihaknya membuat pembentangan akhir untuk proses bidaan yang berlangsung di Shanghai China.

Selepas tiga negara Indonesia, Brazil dan Peru yang berentap di pusingan akhir selesai membuat pembentangan, FIFA akhirnya mengumumkan Indonesia sebagai pemenang dan diberikan hak penganjuran pertandingan bola sepak terbesar di dunia untuk peringkat remaja itu.

Indonesia merupakan salah satu daripada tiga negara Asia Tenggara yang membuat bidaan ini. Namun demikian, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dan Pesekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) telah menarik diri daripada proses bidaan pada 27 Ogos 2019 yang lalu.

Kemudian Bahrain, Arab Saudi dan UAE yang juga membuat bidaan bersama telah tersingkir dari proses saringan pada 4 September 2019 yang lepas.

“Alhamdulillah Indonesia menang dan terpilih menjadi tuan rumah Piala Dunia U-20 2021,” kata Pengerusi Media dan Hubungan Antarabangsa PSSI, Gatot Widakdo, kepada BolaSport.

Delegasi dari PSSI yang membuat pembentangan tersebut diketua oleh Setiausaha Agungnya, Ratu Tisha. Hasil dari persembahan yang menakjubkan oleh ‘wanita besi’ yang menguasai lima bahasa itu ternyata berjaya mengkagumkan FIFA.

“Salah satu punca kemenangan kita adalah pembentangan yang hebat di hadapan FIFA,” tambah Gatot Widakdo lagi.

Piala Dunia B-20 2021 akan menjadi pertandingan edisi ke-23 sejak kali pertama dianjurkan pada 1977. Indonesia sebelum ini belum pernah menjadi tuan rumah untuk mana-mana kejohanan di bawah FIFA.

Tetapi mereka pernah menjadi tuan rumah untuk kejuaraan Piala Asia pada 2007 bersama Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Difahamkan stadium yang dicadang untuk digunakan dalam kejohanan berkenaan adalah Stadiom Gelora Bung Karno (Jakarta), Stadium Wibawa Mukti (Bekasi), Stadium Pakansari (Bogor), Stadium Patriot Candrabhaga (Bekasi), Stadium Mandala Krida (Jogjakarta), Stadium Manahan (Surakarta), Stadium Jakabaring (Palembang), Stadium Si Jalak Harupat (Bandung), Stadium Gelora Bung Tomo *Surabaya) serta Stadium I Wayan Dipta (Bali).

Kejayaan Indonesia ini ternyata memberi suntikan kepada cadangan ASEAN untuk membuat bidaan bersama bagi penganjuran Piala Dunia FIFA 2034.

Sejarah penampilan kali pertama dan terakhir Indonesia dalam Piala Dunia B-20 adalah pada tahun 1979 yang berlangsung di Jepun.

Indonesia yang ditempatkan dalam kumpulan B bersama Argentina, Poland dan Yugoslavia telah tewas semua tiga perlawanan peringkat kumpulan. Mereka gagal menjaringkan sebarang gol dan bolos 16 kali.

Indonesia tewas 5-0 kepada Argentina dengan lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona turut bermain dalam perlawanan tersebut. Maradona kemudian mendapat anugerah pemain terbaik dalam kejohanan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN