Marcos Alonso tentunya di antara pemain Chelsea paling gembira selepas Frank Lampard meninggalkan pasukan tersebut kerana beliau akhirnya diberi peluang oleh pengurus baharu Thomas Tuchel untuk beraksi lebih kerap keika ini.
Sebelum ketibaan jurulatih warga Jerman tersebut, Kali terakhir beliau beraksi adalah pada September lalu ketika The Blues terikat 3-3 dengan West Bromwich Albion dan beliau telah dipersalahkan untuk tiga gol lawan yang dijaringkan pada separuh masa pertama.
Selepas ‘dibekukan’ untuk beberapa bulan, kehadiran Tuchel menjadi ‘rahmat’ buat pemain Sepanyol itu yang telah pun diturunkan dalam empat daripada lima perlawanan terakhir.
Falsafah Tuchel yang kerap menggunakan pemain bek sayap menyerang telah memberi kelebihan kepada Alonso yang diketahui amat serasi dan boleh beraksi dengan baik dalam formasi lima pemain pertahanan.
Marcos Alonso ontop winning Chelsea Goal of the Month of January:
🗣"I dey happy to take come out with that great idea to score that goal but the most important thing na the three points."#CIP pic.twitter.com/tySYR8KVa9
— CIP (@cheIseainpidgin) February 11, 2021
Pemain berusia 30 tahun itu dibeli oleh Antonio Conte yang sememangnya cukup terkenal dengan taktikal yang sama dan pastinya Tuchel mahu memanfaatkan keberadaan pemain tersebut di kelabnya.
Hasilnya Alonso telah menjaringkan gol voli cantik ketika menang 2-0 ke atas Burnley yang dipilih sebagai gol terbaik Chelsea untuk bulan Januari.
Namun dalam masa yang sama Tuchel menegaskan beliau tidak berniat untuk meminggirkan Ben Chilwell yang hanya beraksi dalam dua perlawanan sejak beliau mengambil alih kelab London tersebut.
Beliau yang dibeli pada awal musim lalu merupakan pemain pertahanan sisi tradisional dan dari perkiraan itu membuatkan Tuchel agak mudah untuk membuat keputusan.
“Jika dia risau mengenai masa permainannya, saya faham kerana dia mula merasa sukar untuk bersaing dan kadang kala keputusan [jurulatih] tidak memihak kepadanya,” ujar Tuchel ketika ditemubual SkySports.
Thomas Tuchel has ensured Ben Chilwell that he remains in his plans at Chelsea, despite Marcos Alonso usurping the Englishman as first-choice at left-back under the new manager. pic.twitter.com/zsIECJ8wtZ
— Frank Khalid OBE (@FrankKhalidUK) February 14, 2021
“Kami memilih Marcos [Alonso] untuk satu perlawanan di mana kami bermain dengan lima pertahanan, dia lebih biasa dengan posisi itu, termasuk ketika di bawah Antonio Conte. Tambahan pula dia mempunyai kekuatan di udara untuk bertahan dan membantu serangan.”
Tuchel bagaimanapun melihat ia bukanlah penamat buat Chilwell di Chelsea, apatah lagi dengan usianya yang masih muda sebagai prospek masa depan kelab dan mempunyai masa yang panjang untuk terus belajar seterusny kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Menjadi tugas saya untuk memastikan kami tidak kehilangan pemain dan membantu untuk tidak kehilangan kepercayaan mereka. Dia [Chilwell] seorang pemain yang hebat dan mempunyai potensi yang tinggi. Jadi kami akan cari ruang agar dia berpeluang untuk diturunkan.”
Kredit Foto: EasySoccerNews
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Thomas Tuchel dan Chelsea:
Analisis: 4 Perkara Dari Debut Thomas Tuchel Bersama Chelsea Menentang Wolves
Rekod Thomas Tuchel Lawan Kelab Inggeris Sebelum Ke Premier League
Masihkah Ada Sinar Buat Kepa Bersama Chelsea Di Era Thomas Tuchel?