Jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong dedah kunci bagaimana persiapan skuad negara mahu bertemu Kemboja esok.
Skuad futsal Negara bakal memulakan kempen Futsal AFF 2022 di Bangkok esok untuk bertemu Kemboja dengan kem Malaysia menyasarkan untuk setidak-tidaknya layak ke peringkat separuh akhir.
Dengan memiliki tempoh masa yang singkat, jurulatih kebangsaan, Chiew Chun Yong merasakan mentaliti pemain dan semangat sepasukan yang ditunjukkan sangat memuaskan hati beliau.
Saksikan Siaran Langsung Kejuaraan Futsal AFF 2022 di @ASTROARENA Saluran 801
Sabtu, 2 April 2022
🇲🇾🇰🇭 4.00 petangIsnin, 4 April 2022
🇮🇩🇲🇾 4.00 petangSelasa, 5 April 2022
🇲🇾🇧🇳 4.00 petangRabu, 6 April 2022
🇹🇭🇲🇾 6.00 petang* Waktu Malaysia#FAM #HarimauMalaya #AFFFutsal pic.twitter.com/JQeMrPyQmA
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 1, 2022
Bercakap kepada Astro Arena, Chiew Chun Yong mendedahkan yang semangat kerjasama pemain bakal membantu skuad negara untuk menang.
Beliau merasakan walau skuad negara tak mempunyai masa yang cukup namun mentaliti yang mereka tunjukkan sudah cukup melegakan beliau.
Seandainya para pemain mengikut apa yang dirancang olehnya, tak mustahil skuad negara akan pergi lebih jauh di kejohanan ini.
“Its all about how we work together as a team, my self and the player and how we perform during the day and the player follow the game plan.”
Jelasnya kepada Astro Arena.
Kunci untuk berjaya di Kejohanan Futsal AFF?
Malaysia lwn Kemboja (2 April, 4.00 petang) Langsung di 801HD
Ikuti temubual penuh di Nadi Arena jam 7.30 malam ini.. pic.twitter.com/vOLVGv25b7
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 1, 2022
Dalam satu temu bual bersama Harimau Malaya, Chiew Chun Yong turut menjelaskan tentang bagaimana persiapan terkini skuad negara menjelang sepak mula bertemu Kemboja esok.
“So at this moment kita sudah sampai di final stage untuk kita prepare untuk AFF, so we have couple of sessions in term of this mental strength and psychology.”
“Besides all this tactical, we have couple of sessions went through with team and player, so even though stints is very short, but in term of moral and team spirit that show by the player agak bagus at this moment, so I’m quite impressed.”
“We also prepared what ever apa akan jadi dalam perlawanan, in term of mental strength wise eh, i think player mostly are ready for the for the first game.”
https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1509806692074422274?t=urEvPKRZ1gRoOB8kAWq8ig&s=19
Dari apa yang beliau jelaskan, skuad negara sepertinya sudah bersedia untuk menyahut cabaran dan bakal mencapai sasaran utama negara untuk layak hingga ke peringkat separuh akhir.
Selepas bertemu Kemboja jam 4 petang esok, skuad negara akan turun beraksi bertemu Indonesia pada Isnin nanti, bertemu Brunei pada hari Selasa dan akhir sekali bertemu Thailand pada Rabu depan.
Semoga saja skuad futsal negara dapat menghadiahkan sesuatu kepada peminat tempatan dan tidak mencatatkan keputusan yang tidak diingini.