Chiellini: ‘Anda Tak Mampu Hentikan Messi Seorang Diri’

Giorgio Chiellini dianggap antara pemain legenda Juventus dan Itali. Beliau berkongsi serba sedikit kisah beliau sebagai pemain Juventus dan Itali.

Bercakap kepada wartawan, Chiellini berkata, antara perkara yang paling mencabar sebagai pemain Juventus adalah untuk mengekalkan prestasi terbaik.

“Sekali anda berada di bawah, anda akan sukar untuk naik semula. Itulah cabaran saya setiap hari.”

“Kelab seperti Juventus tidak akan terkesan dengan kehambaran (flop) prestasi anda. Mereka ada ramai pemain berkualiti menunggu peluang mereka.”

Chillini memberitahu beliau masih lagi kecewa dengan kegagalan mara ke Piala Dunia. Tetapi ia sudah biasa dalam karier beliau. Dalam bola sepak, anda tidak selalunya berada di atas.

Chiellini kemudian ditanya wartawan, persedian beliau mengawal Lionel Messi sekali lagi. Ini kerana selepas ini, Juventus akan menentang Barca sekali lagi dalam UCL.

(Photo by Xavier Bonilla/NurPhoto via Getty Images)

“Apabila anda cuba mengikut rentak dia, anda akan mati kerana dia ada kelajuan (speed). Dia sangat cepat membaca tindakan anda dan anda tidak boleh menyentuh beliau.”

“Seorang pertahanan terbaik dunia boleh melakukan tugas mengekang seseorang pemain lawan seorang diri, tetapi untuk Messi, anda tiada peluang berbuat begitu.”

“Hanya 1 cara mengurangkan impak Messi, anda perlu bertahan dengan kerjasama berpasukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN