RASMI: Adam Nor Azlin Sertai JDT, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi mengesahkan pemain pertahanan dan juga kapten skuad B-22 negara, Adam Nor Azlin sah menyertai mereka untuk kempen Liga Super pada musim hadapan.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Facebook kelab berkenaan.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook.

Dalam  kenyataan tersebut, Martin Prest menyatakan rasa keterujaan kelab bola sepak JDT untuk menerima kehadiran bakat seperti Adam Nor Azlin.

“Kami amat teruja beliau bermain bersama pasukan kami. Beliau merupakan sebahagian pelan jangka panjang kami. Beliau memahami projek bola sepak kami,” ujar Martin dalam kenyataan tersebut.

Martin turut menyifatkan Adam Nor Azlin sebagai seorang pemain yang memiliki karakter untuk menjadi seorang pemain yang berjaya serta keinginan untuk memenangi kejuaraan.

Untuk itu, Pengarah Sukan JDT itu menyatakan kegembiraan mewakili keluarga JDT kerana Adam telah memilih untuk menjadi sebahagian daripada projek besar kelab di selatan tanah air berkenaan.

Profil  dan karier awal 

Nama penuh: Adam Nor Bin Azlin
Tarikh lahir: 5 Januari 1996
Umur: 21 tahun
Asal: Klang, Selangor.
Posisi: Penyerang/pertahanan
Tinggi: 172 cm
Berat: 70kg

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook.

Adam Nor Azlin merupakan salah seorang pemain yang beraksi bersama Harimau Muda pada 2015 di dalam Liga Singapura. Bakatnya dikesan seawal usia 16 tahun oleh Ong Kim Swee pada penghujung 2012.

Adam yang pada ketika itu bersama Harimau Muda B turut bersama skuad kendalian Ong Kim Swee berkelana ke Eropah pada 2013 sebelum beraksi di Liga Perdana Kebangsaan Queensland pada 2014.

Tahun berikutnya, Adam menyertai skuad Harimau Muda untuk beraksi di Liga Singapura. Beliau turut pernah dipanggil oleh Ong Kim Swee untuk menyertai latihan pusat skuad kebangsaan ketika Ong Kim Swee bertindak sebagai pengendali sementara skuad Harimau Malaya.

Adam Nor Azlin kemudiannya beraksi untuk Selangor pada musim 2016 & 2017, tampil di dalam 34 perlawanan Liga Super Malaysia sepanjang bersama juara 33 kali Piala Malaysia itu.

Adam Nor Azlin Semakin Menunjukkan Kematangan Dalam Aksi Permainannya.

Musim ini di bawah kendalian P.Maniam di Selangor, Adam Nor Azlin digandingkan dengan pemain import dari Nigeria Ugo Ukah dan membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-6.

Adam turut tampil bersama Selangor di dalam saingan Piala Malaysia, membantu Red Giants sehingga ke peringkat suku akhir sebelum disingkirkan oleh finalis 2017, Kedah FA.

Selepas membantu skuad negara B-22 muncul naib juara Sukan SEA, Adam nor Azlin turut dipanggil oleh Nelo Vingada untuk menyertai skuad Harimau Malaya dan tampil dalam kekalahan 4-1 kepada Korea Utara baru-baru ini.

Analisis: Adam Nor Azlin

Adam Nor Azlin adalah salah seorang pemain yang tidak mempunyai posisi yang jelas. Di peringkat awal kariernya, Adam adalah seorang penyerang yang mempunyai profil pemain No.9.

Namun Adam adalah seorang pemain yang versatile. Beliau turut mampu untuk tampil sebagai seorang pemain pertahanan tengah; sepertimana yang ditunjukkannya ketika bersama skuad B-22 negara dalam kejohanan Sukan SEA.

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Pada hakikatnya, Adam Nor Azlin adalah seorang pemain yang boleh beraksi di pelbagai posisi seperti yang ditunjukkan oleh James Milner di Liga Perdana Inggeris. Baka pemain sebegini boleh kita gelarkan sebagai ‘total player’.

Realitinya, seorang pemain yang berkualiti harus mempunyai keupayaan untuk beraksi lebih dari satu posisi utama. Antara pemain total yang pernah dimiliki oleh negara ialah Zainal Abidin Hassan.

Namun demikian, masih terlalu awal untuk mengelaskan Adam sebagai ‘total player’. Untuk Adam mencapai potensi sedemikian, JDT terlebih dahulu perlu membentuk dan mengambil peranan terus membangunkan beliau dari aspek teknikal dan taktikal.

Kebolehan Adam untuk beraksi lebih dari satu posisi akan memberi kelebihan kepada JDT dari segi ‘squad depth’ pasukan, sekaligus memberi lebih pilihan taktikal kepada jurulatih ketika perlawanan.

Rumusan

Buat masa ini kami berpendapat Adam Nor Azlin harus terus bekerja keras untuk memenuhi profil pemain yang ditentukan oleh pihak kelab dan dirinya demi memastikan beliau mencapai potensi sebenar yang dimiliki.

Kami di Semuanya BOLA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Adam Nor Azlin!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN