Chiangrai United mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan selaku juara Toyota Thai League 1 buat pertama kali selepas berjaya menundukkan Suphanburi FC pada aksi terakhir, malam tadi.
Kemenangan 5-2 di gelanggang lawan tersebut dibantu dengan keputusan seri dicatatkan pesaing terdekat, Buriram United ketika bertemu pasukan tangga terbawah, Chiangmai FC 1-1.
Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan 58 mata tetapi Chiangrai United memiliki kelebihan berdasarkan rekod pertemuan setelah menewaskan Buriram United 4-0 di Singha Stadiu [laman sendiri] manakala seri tanpa jaringan di i-mobile Stadium.
Keadaan tersebut nyata menghampakan Buriram United yang memburu kejayaan kelapan dan ketiga berturut-turut selepas memenanginya pada tahun 2008, 2011, 2013, 2014, 2015, 2017 dan 2018.
Kejayaan ini nyata cukup manis buat Chiangrai United selepas percubaan kali keempat sebaik sahaja dinaikkan pangkat ke Thai League 1 pada tahun 2016 sudah berhasil meraih kejayaan.
Pasukan yang berpangkalan di Utara Thailand itu sebelum ini menamatkan saingan Thai League 1 di tempat kelapan [2016], keempat [2017] dan kelima pada musim lalu.
Pemain muda yang menjaringkan gol kemenangan buat Thailand ketika menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022, Ekanit Panya turut mencetak jaringan pada aksi menentang Suphanburi FC.
Dalam perkembangan yang sama, pemain import Trat FC dari Guinea, Lonsana Doumbouya berjaya memenangi anugerah kasut emas selepas menjaringkan 20 gol sepanjang 30 aksi diharungi pada musim ini.
Kredit foto: Chiang Rai United FC