Cheng Hoe Yakin Dengan Kemampuan Pemain Muda

Tan Cheng Hoe

Ketiadaan 12 pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dilepaskan atas alasan “penggiliran pemain” langsung tidak meresahkan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang pertemuan menentang Lubnan di Beirut pukul 11 malam ini waktu Malaysia.

Walaupun perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Lubnan malam ini sekadar pelengkap jadual setelah Malaysia sudah pun tersingkir awal daripada melayakkan diri ke Piala Asia 2019, namun Cheng Hoe tegaskan beliau mahu pemain memberikan komitmen sepenuhnya.

Malah, Cheng Hoe yakin dengan kemampuan beberapa pemain muda yang dipanggil kali ini untuk memberikan tentangan sengit kepada skuad Lubnan.

“Setiap perlawanan sama ada aksi persahabatan atau kejohanan adalah penting dan walaupun sudah tersingkir daripada Piala Asia 2019 namun itu bukan alasan untuk saya mengambil ringan dalam pertemuan menentang Lebanon.

“Penting untuk skuad kebangsaan memperoleh keputusan positif daripada perlawanan tersebut dan saya perlu memastikan pemain dapat memberikan aksi terbaik menentang Lebanon,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pemain muda dari Kedah, Akhyar Rashid dijangka akan membarisi kesebelasa utama skuad Harimau Malaya malam ini. FOTO: FAM

Beliau juga berharap pemain muda yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan tidak berasa tertekan, sebaliknya perlu segera membiasakan diri bersama pasukan.

“Saya berharap pemain muda dapat membiasakan diri de­ngan segera bersama pasukan dan mereka perlu mempelajari daripada senior. Saya berharap pemain muda tidak berasa tertekan dengan tanggungjawab untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

“Mereka yang dipanggil majoritinya berada dalam lingku­ngan umur 20 hingga 23 tahun dan saya fikir ini adalah kelompok umur yang terbaik untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan,” katanya lagi.

Selepas menentang Lebanon, Malaysia akan bertemu pasukan ke-188 dunia, Bhutan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasio­nal Bukit Jalil pada 1 April.

“Selain Kiko Insa yang digantung perlawanan kerana menerima dua kad kuning sebelum ini serta Rawilson Batuil yang digugurkan atas faktor keluarga, saya ada 23 pemain dan saya rasa semua pemain ini boleh memberi sesuatu untuk perlawanan bertemu Lubnan nanti.

“Saya dan jurulatih lain juga percaya mereka yang diturunkan nanti mampu memberikan yang terbaik. Ini ruang untuk mereka membuktikan kemampuan selaras dengan hasrat kami untuk memberi lebih banyak peluang kepada pemain lain mewakili skuad kebangsaan.

“Saya akui ia satu cabaran besar selepas kehilangan ramai tonggak namun secara positifnya, kami dapat meramaikan lagi pilihan pemain untuk masa akan datang khususnya persiapan menghadapi saingan Piala AFF hujung tahun ini,” katanya kepada berita harian.

Antara pemain yang dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya. FOTO: FAM

Cheng Hoe juga telah mengenalpastikan beberapa kelemahan yang ada dalam pasukannya berdasarkan pemerhatian dalam aksi bertemu Mongolia.

“Berdasarkan aksi bertemu Mongolia tempoh hari, kami boleh rumuskan beberapa kelemahan seperti kekurangan penyudah dan kelekaan pertahanan. Namun saya perlu melihat secara keseluruhan di setiap bahagian memandangkan dalam bola sepak, setiap bahagian perlu seimbang.

“Peluang untuk kesebelasan utama juga masih terbuka kerana sukar untuk menjangkakan kesebelasan utama terbaik dalam tempoh singkat. Apa pun, saya akan menurunkan kesebelasan utama terbaik untuk aksi malam esok,” katanya.

Malaysia kini berada di tangga tercorot dalam Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 selepas mengutip satu mata manakala Hong Kong di tangga ketiga dengan lima mata. Lebanon di tangga teratas kumpulan selepas mengumpul 13 mata manakala Korea Utara di tempat kedua, lapan mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN