Cheng Hoe Yakin Ayron del Valle Boleh Jadi Pengganti Herlison Caion

Ayron del Valle
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe mahu beri masa kepada penyerang import baharu, Ayron del Valle untuk menyesuaikan diri selain percaya dia mampu menjadi pengganti kepada bekas pemain – Herlison Caion.

Caion yang kini beraksi bersama Kuala Lumpur City telah meraih 24 gol secara keseluruhan bersama Selangor pada musim lalu dan kini Cheng Hoe mengharapkan penyerang baharu dari Colombia ini mampu untuk menggantikan posisi tersebut bagi membantu barisan hadapan pasukan.

Walau bagaimanapun, beliau menyifatkan Del Valle masih perlukan masa untuknya selesa dengan percaturan Selangor apabila dia hanya diuji kurang 20 minit sebelum tamat masa perlawanan menentang Kedah Darul Aman dalam Piala Harapan pada Khamis.

“Memang kita mengharapkan Ayron akan dapat menggantikan Caion dan saya juga pernah beritahu perkara itu.

“Sudah tentu kita akan beri masa kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan faham corak permainan di Selangor.

“Yang penting rakan-rakan juga perlu memberi sokongan kepada Ayron untuk dia berikan persembahan terbaik bersama rakan sepasukan lain selepas ini,” katanya.

Bercakap mengenai perlawanan menentang Kedah pada Khamis, Cheng Hoe masih belum berpuas hati dengan aspek penyudah pasukan namun barisan pemain sudah mula mengikuti perancangan beliau dengan baik sebelum akhirnya menang 6-5 menerusi sepakan penalti.

Meskipun ia hanyalah perlawanan persahabatan, namun aksi yang sengit dipamerkan dari kedua-dua pasukan membantu beliau untuk menilai dengan lebih dekat prestasi anak buah secara keseluruhan.

“Saya lihat banyak yang positif daripada apa yang telah dilakukan dan setiap pemain memberikan yang terbaik.

“Secara keseluruhan baik dari penjaga gol, pertahanan, pemain tengah dan serangan, mereka berjaya mencipta beberapa peluang tetapi perlu perbaiki lebih banyak dari aspek penyudah,”  tambahnya.

Selangor akan berdepan Penang dalam perlawanan akhir Piala Harapan manakala Kedah akan berentap dalam penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Geylang International pada Sabtu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN