Cheng Hoe Sudah Kenalpasti Pemain Yang Akan Sarung Jersi Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sudah ada beberapa nama yang bakal dipanggil ke latihan pusat skuad kebangsaan untuk persiapan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan bulan depan.

Menurut beliau, gabungan pemain muda, senior dan pemain naturalisasi yang berdarah campuran bakal menjadi taruhan terbaik untuk membentuk skuad yang mantap.

Bercakap kepada Berita Harian, bekas jurulatih Kedah itu telah pun menilai persembahan pemain muda ketika Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di China dan turut memantau prestasi beberapa pemain senior dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018.

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun lakar sejarah mara ke suku akhir kejohanan AFC Bawah 23 Tahun bulan lepas. Foto: Facebook FAM.

“Persembahan di China membuktikan kita mempunyai ramai pemain muda yang boleh dipertaruhkan untuk skuad kebangsaan pada masa depan.

“Sudah pasti akan ada beberapa pemain yang bakal saya serapkan ke skuad utama.

“Pada masa sama, saya tidak akan menutup pintu kepada pemain senior kerana pengalaman mereka juga sangat berguna untuk pasukan kebangsaan,” jelasnya.

Namun begitu, Cheng Hoe menyifatkan cadangan untuk menggunakan 100% pemain muda dalam skuad Harimau Malaya tidak boleh dilakukan kerana pemain ini masih mentah dan memerlukan bimbingan daripada pemain yang lebih berpengalaman.

“Pandangan yang mengatakan sudah sampai masanya rombakan besar-besaran dilakukan ke atas skuad kebangsaan dengan menggunakan sepenuhnya tenaga muda tidak boleh diguna pakai. Kita tetap perlukan pemain senior,” tegasnya.

Beliau juga tidak menolak akan memanggil lebih ramai pemain naturalisasi yang berdarah campuran Malaysia untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya berganding dengan pemain tempatan.

“Kalau pemain naturalisasi memang bagus dan layak mewakili negara, mengapa perlu kita sisih mereka, apatah lagi jika mereka memiliki pertalian darah dengan negara kita.

“Tanggapan mereka tidak memiliki ‘jiwa’ Malaysia kerana tidak dilahirkan atau dibesarkan di sini, tidak relevan kerana setiap pemain memiliki semangat untuk menang walau pasukan mana juga diwakili.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya ketika di Buriram tahun lepas. (Gambar: FAM)

“Buktinya, beberapa pemain naturalisasi seperti Matthew Davies (Pahang), Darren Lok (Johor Darul Ta’zim), Brendan Gan (Perak) yang diberi peluang mewakili Malaysia sudah memberi komitmen 100 peratus.

“Bagi saya, untuk berjaya, kita perlu sentiasa berfikiran positif. Sebagai jurulatih, berdasarkan situasi sekarang, saya melihat gabungan pemain muda, senior dan naturalisasi adalah adunan terbaik untuk pasukan kebangsaan kita,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN