Bank Islam Lancar Kad Debit Visa Terengganu FC “Peteh Terengganu Peteh”

Bagi membantu mempromosikan pasukan Terengganu FC, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Terengganu FC (TFC) telah melancarkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC “Peteh Terengganu Peteh” di Hotel Primula, Terengganu semalam.

Menurut kenyataan melalui laman web TFC, dengan menempatkan slogan yang boleh dikatakan  evergreen iaitu “Peteh Terengganu Peteh pada kad Debit-i ini, ia dijangka menambah nilai bercirikan pasukan Terengganu pada kad tersebut.

Logo Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) juga diletakkan pada kad untuk mewakili keseluruhan persatuan dan pasukan bola sepak di negeri ini.

Sekitar Majlis Pelancaran Kad Debit Terengganu FC di Hotel Primula semalam. FOTO: Facebook TFC

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin bersama Timbalan Presiden TFC merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

“Penjenamaan bersama ini adalah inisiatif Bank Islam untuk memberikan sokongan padu kepada sukan bola sepak negara dan bertujuan untuk menyemarakkan lagi sokongan daripada warga Terengganu terhadap pasukan negerinya.

“Dengan pengagihan insentif melalui penjenamaan bersama berjumlah lebih RM9 juta ringgit kepada pasukan-pasukan bolasepak tanah air, kami menjangkakan jumlah ini akan meningkat menerusi inisiatif serupa dengan beberapa pasukan bolasepak lain pada tahun ini.

“Bank Islam juga mengeluarkan lebih 700,000 kad penjenamaan bersama dengan pasukan-pasukan bola sepak dalam negara sepanjang dua tahun lalu.

“Dengan sambutan memberangsangkan ini, kami berharap ia membantu pembangunan sukan bola sepak sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan rakyat melalui sukan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pemain dan pegawai Terengganu FC bergambar bersama selepas Majlis Pelancaran. FOTO: Facebook TFC

Wan Nawawi mengharapkan penyokong bola sepak Terengganu dapat memanfaatkan kad debit ini sebagai satu langkah untuk membantu skuad Penyu.

“Ini adalah kali pertama TFC bekerjasama dengan sebuah bank dalam program kad penjenamaan bersama.

“Dengan kerjasama bersama Bank Islam, kami berharap penyokong bola sepak Terengganu akan menikmati pelbagai manfaat daripada kad debit-i ini dan menyumbang kepada pembangunan pasukan negeri,” katanya.

Para penyokong Terengganu boleh mula menukar kad asal ke Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC “Peteh Terengganu Peteh” ini dimana-mana cawangan Bank Islam negeri Terengganu antaranya cawangan Padang Hiliran, Kuala Nerus, Jerteh, Dungun dan Chukai.

Di luar negeri Terengganu, pemegang kad debit juga boleh menukar kad mereka di beberapa cawangan di Kelantan dan proses penukaran boleh dibuat di Pasir Putih serta di beberapa cawangan sekitar Lembah Klang, Selangor.

PBSNT merupakan persatuan yang ke 5 jalinkan kerjasama dengan Bank Islam selepas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan juga Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN