Tan Cheng Hoe jelas mahu memerangkap lawan mereka malam ini iaitu Vietnam untuk meneruskan momentum kemenangan ketiga dalam saingan Piala AFF 2020 selepas Kemboja dan Laos berjaya dijinakkan.
Jelas beliau kepada media, Vietnam harus diakui sebagai pasukan yang kuat dalam rantau Asean dan berada pada tahap yang mengkagumkan.
Namun beliau yakin dapat memerangkap lawan berdasarkan prestasi semasa anak buahnya.
Beliau yang mengakui sejak beberapa tahun ini, Vietnam sukar hendak ditewaskan selain susah untuk menembusi kubu pertahanan lawan yang dianggap sangat kebal. Harapan beliau agar para pemain lebih efektif untuk merobek gawang lawan.
Cheng Hoe turut mengakui motivasi para pemain berada dalam prestasi terbaik dan sedia diturunkan pada petang esok.
Beliau turut berkata akan beri yang terbaik ketika bertemu lawan agar memenuhi jangkaan ramai para peminat yang mahu akan kemenangan.
Beliau juga tidak terlepas untuk memuji barisan anak buahnya yang sentiasa positif dan berusaha keras untuk setiap perlawanan.
Fokus yang diberikan para pemain menjadi salah satu mereka berjaya mencatat keputusan baik sepanjang berada di Singapura.
Jurulatih Malaysia itu turut menyifatkan para pemain kini lebih stabil dan boleh beradaptasi dengan suasana permainan dan cepat memahami apa yang beliau inginkan atas padang serta memandang tinggi setiap para pemain.
Harapan Cheng Hoe juga agar para pemain kembali cergas setelah mengharungi perlawanan dua hari lalu selain mengesahkan Junior Eldstal juga sudah boleh beraksi biarpun pemain ini tidak diturunkan para perlawanan lalu.
Mengenai empat orang pemain yang dikuarantin akibat Covid-19, Cheng Hoe berharap agar tiada lagi para pemain lain turut dijangkiti.
Beliau juga berharap agar baki pemain yang ada sentiasa sihat dan sedia cergas untuk diturunkan pada bila-bila masa.