EPL: City Terus Teraju Liga, Wolves Serba Tidak Menjadi

Manchester City mengekalkan momentum kemenangan di Liga Perdana Inggeris untuk terus mencabar kejuaraan tersebut sekali lagi pada musim ini di laman sendiri apabila berjaya menewaskan pasukan Wolves dengan keputusan 1-0.

Seawal permainan City sudah mula bermain dengan intensiti tinggi untuk mengasak kearah kubu lawan. Beraksi di laman sendiri memberi kelebihan buat anak buah Pep Guardiola untuk melakukan percubaan awal minit ke-2 menerusi Raheem Sterling namun berjaya dihalang oleh pertahanan Wolves.

Adama Traore cuba memberi respons pantas dengan melancarkan serangan bersama penyerang mereka, Raul Jimenez namun hantaran lintang yang cuba diterjemahkan berjaya ditangkap kemas oleh Ederson pada minit ke-6.

Pertahanan kanan, Joao Cancelo cuba menguji gawang Wolves namun rembatan jarak jauh beliau tersasar tinggi melepasi gawang gol pada minit ke-7.

Pada minit ke-10, Bernardo Silva hampir memperoleh gol pertama buat City namun percubaan lencong beliau sedikit tersasar untuk Wolves terus terselamat.

Jack Grealish hadir dengan peluang besar untuk menyumbang gol pada minit ke-15 namun peluang yang dihadirkan oleh Sterling gagal disudahi oleh beliau menerusi backheel.

Sesekali Wolves cuba membina serangan dan memegang bola dengan lebih lama menerusi gandingan Ruben Neves dan Joao Moutinho namun gerakan mereka pantas disekat oleh pemain City yang berdisiplin merantai sebarang ancaman pelawat.

Kesilapan Max Kilman pada minit ke-19 hampir membawa padah apabila dirampas oleh penyerang tuan rumah, Gabriel Jesus. Namun pertahanan Wolves tersebut pantas kembali menebus kesilapan dengan kembali menyelamatkan keadaan.

Joao Cancelo sekali lagi hadir dengan percubaan berbahaya pada minit ke-23 namun percubaan beliau tepat ke dakapan penjaga gol pelawat.

Wolves mendapat peluang yang baik untuk menguji pertahanan City, namun sepakan percuma yang diambil Rayan Ait-Nouri disia-siakan oleh Jimenez yang menanduk jauh dari gawang gol.

Menjelang minit akhir separuh masa pertama, penyerang utama Wolves iaitu Jimenez terpaksa meeninggalkan padang setelah mengutip dua kad kuning untuk menambah perit buat pasukan kendalian B.Lage.

Aksi panas kedua pasukan ini terus bersambung di separuh masa kedua dengan City hampir mendapat peluang menerusi Jesus setelah ada kesilapan yang dibuat Conor Coady namun pertahanan tersebut kembali menyelamatkan keadaan pada minit ke-47.

Dengan ketiadaan penyerang utama, Jimenez yang dibuang padang nyata memberi masalah buat Wolves untuk sesekali menyerang. Intensiti tinggi yang dipamerkan melalui corak permainan City juga memaksa pelawat lebih bertahan.

Pasukan Wolves terus dilanda malang apabila pada minit ke-64 pasukan tuan rumah dihadiahkan penalti setelah bola hantaran Bernardo terkena tangan Moutinho.

Raheem Sterling tenang menyudahkan penalty untuk menewaskan Jose Sa pada minit ke-65 untuk meletakkan City di depan sekaligus menceriakan para penyokong The Citizens.

Grealish mensia-siakan peluang untuk menjarakkan kedudukan kepada 2-0 apabila percubaan beliau sedikit tersasar setelah menerima umpanan cantik daripada Sterling pada minit ke-70.

Sekali lagi peluang terbaik buat City terlepas apabila backheel daripada Grealish berjaya dihadang dan percubaan dari bola muntah Bernardo juga berjaya diselamatkan pada minit ke-72.

Keputusan kekal sehingga wisel separuh masa kedua dibunyikan untuk meletakkan City sekali lagi kekal di tangga pertama EPL dengan mencatat kemenangan di laman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN