Adakah Selangor FC akan mengubah pendekatan taktikal mereka untuk saingan musim depan dengan kehadiran tiga tonggak Harimau Malaya?
V. Ruventhiran, Khuzaimi Piee dan Faisal Halim sudah sah dibawa masuk oleh Tan Cheng Hoe bagi mengukuhkan skuad sedia ada yang turut dibarisi beberapa pemain skuad kebangsaan antaranya seperti pemain tengah, Brendan Gan, Fazly Mazlan, Mukhairi Ajmal dan Sharul Nazeem.
Ruventhiran, Khuzaimi dan Faisal diketahui adalah tonggak penting di posisi masing-masing. Kecuali Faisal, penyertaan Ruventhiran dan Khuzaimi seolah-olah memberi petanda akan berlaku perubahan taktikal disebabkan kekuatan mereka berdua yang sedikit unik dan berlainan dengan yang lain.
Welcome home Ruven!
This Klang-born player was part of the Red Giants Youth setup for before starting of his professional career in Malaysian football.
🤔 Want to know more about our new signing?
📄 Read Article 👉 https://t.co/OMepVnuSI0 #MKLK pic.twitter.com/fjIon4Wybm
— Selangor FC (@selangorfc) December 18, 2022
Pemain yang mesra dipanggil Ruven itu semakin meningkat naik namanya selepas mula diperkenalkan di pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya oleh pengendali, Kim Pan-gon bermula pada 27 Mei lalu dalam satu aksi persahabatan menentang Brunei – Malaysia menang selesa 4-0.
Walaupun sudah dua musim bersama PJ City, namanya mungkin kurang mendapat tempat di kalangan pengikut Liga M, tetapi ia berbeza kini.
Ruventhiran semakin dikenali dan akhirnya disahkan kembali ke pangkuan pasukan yang menjadi tapaknya membina karier di usia belasan tahun.
Beliau adalah pemain sayap kiri, tetapi mampu beradaptasi sebagai bek sayap dalam sistem dan falsafah pengendali skuad negara, Kim Pan-gon.
Malah kecemerlangannya mendapat pujian jurulatih lawan dalam satu aksi persahabatan menjelang saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.
Kem Kemboja Terpegun Melihat Kehebatan Bintang Harimau Malaya Inihttps://t.co/4f9OS7gei6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 10, 2022
Ketika skuad negara menumbangkan Kemboja dalam aksi pemanas badan pada Jumaat lalu, pengendalinya, Hirose Ryu mendedahkan betapa pemain itu telah memberi masalah besar buat mereka pada malam tersebut.
“Di posisi pertahanan sangat bagus, mereka banyak mencipta peluang dari situ terutama di posisi bek kiri pada babak pertama. Dia tidak mempunyai ketinggian dan tubuh yang besar, tapi dia ada potensi yang tinggi dan dia ada intensiti untuk bermain sepanjang permainan,” ujarnya di sidang media.
Pemain yang dirujuk oleh Ryu adalah Ruventhiran yang bermain sebagai bek sayap dan banyak menjana serangan Harimau Malaya ketika itu.
Kerja kerasnya membuahkan hasil apabila bakat beliau mula menjadi tumpuan ramai pada tahun 2022 sehingga mendapat panggilan Harimau Malaya untuk kali kedua dalam kariernya.
🤔 Ingin mengetahui tentang Khuzaimi?
📄 Baca artikel penuh 👉 https://t.co/pnnMZcmNpw #MKLK pic.twitter.com/vtcH8qq2BO
— Selangor FC (@selangorfc) December 20, 2022
Khuzaimi Piee adalah permata yang berjaya digilap semula oleh Kim di peringkat antarabangsa selepas melalui tempoh panjang kehilangannya.
Berusia 29 tahun, kali terakhir beliau tampil bersama skuad kebangsaan adalah pada 2016 sebelum membuat penampilan semula pada tahun ini.
Kelebihan boleh bermain dalam dua sistem iaitu bek bertiga dan bek berempat memberikan kelebihan buat Kim selain merupakan seorang pertahanan berkaki kiri. Ini punca mengapa Kim amat berminat untuk menggilapnya. Ternyata ia pelaburan yang amat berbaloi olehnya.
Faisal Halim adalah pemain terakhir Harimau Malaya menyertai Selangor – mungkin. Dan perpindahannya boleh dikatakan antara yang terbaik untuk musim 2023 disebabkan impak yang ditinggalkannya musim lalu.
Boleh beraksi di semua posisi di jentera serangan, Faisal adalah pemain serba boleh yang mampu menggerakkan jentera serangan bersendirian.
Kemampuannya untuk ‘mencilok’ di antara pemain-pemain pertahanan serta mengesan ruang kosong di dalam kawasan penalti lawan sentiasa memberi ancaman buat lawan. Dan bersama skuad kebangsaan ketika ini, prestasi yang sama dibawanya, malah telah dilantik menjadi kapten.
Mahu menjadi watak penting dalam pasukan, Faisal yakin beliau mampu berikan yang terbaik untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan Selangor bagi musim 2023.
🤔 Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Faisal?
📄 Baca artikel penuh 👉 https://t.co/99Wy4JtguQ#MKLK pic.twitter.com/c4nZIL5WWL
— Selangor FC (@selangorfc) December 22, 2022
Apakah sistem permainan Tan Cheng Hoe? Beliau gemarkan sistem yang bersandarkan formasi 4-3-3. Jadi, adakah Cheng Hoe akan mengubahnya?
Selain itu, beliau juga sangat gemar kepada sistem yang ada pemain ‘hole’ ataupun formasi yang ada pemain no.10 sama ada 4-2-3-1 ataupun 4-4-1-1.
Sistem bek bertiga bukanlah kepakarannya. Jadi, mustahil beliau akan mengambil risiko untuk mengubah apa yang sudah berjalan dengan baik.
Malah, ketika mengendalikan Harimau Malaya, beliau pernah ‘menolak’ menggunakan formasi bek bertiga waima melihat impaknya terhadap skuad B-23 di Sukan Asia 2018 – Malaysia mara ke pusingan 16 terbaik.
Reaksinya kepada soalan pihak media ketika itu, “Saya akan kekalkan corak permainan seperti kita tampilkan sebelum ini, sudah tentu itu pilihan terbaik [kerana] setakat ini kita bermain dengan baik dan kita tidak bercadang ubah formasi itu.” Ini menunjukkan beliau tidak suka terlalu bereksperimen.
Sama ada Ruventhiran atau Khuzaimi, kedua-duanya boleh beradaptasi dengan formasi tersebut. Khuzaimi boleh diletakkan sebagai bek tengah dan kiri, sementara Ruventhiran juga boleh bermain di bek kiri selain sayap di sektor kiri. Ia menjadikan ‘The Red Giants’ lebih pilihan pemain.
Untuk Faisal, sistem 4-3-3 adalah yang terbaik untuknya dan beliau bakal menjadi sandaran utama menggempur kubu pertahanan lawan nanti.
Kembali kepada persoalan, adakah akan berlaku perubahan formasi taktikal? Mungkin tidak. Kehadiran pemain-pemain ini adalah untuk menambah pengalaman dan pilihan pemain ke dalam skuad sedia ada.