Chelsea berkata mereka ‘terkejut’ dengan tindakan FIFA untuk mengendahkan permintaan mereka untuk menangguhkan sementara hukuman pergantungan membeli pemain – tatkala proses rayuan dijalankan.
The Blues kini tidak boleh mendaftarkan pemain baru sehingga Januari 2020 selepas didapati bersalah melanggar peraturan berkaitan salah laku menandatangani pemain asing (bukan warganegara British) di bawah umur 18 tahun.
Namun demiian kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menafikan sebarang salah laku, dan telah mengambil tindakan untuk mengemukakan rayuan kepada FIFA untuk menentang keputusan dan hukuman tersebut.
Chelsea berhadapan dengan 29 kesalahan daripada 92 kes keseluruhan yang disiasat oleh FIFA – termasuk perpindahan Bertrand Traore yang kini beraksi bersama Lyon.
Chelsea turut didenda £460,000, manakala Football Association (FA) pula didenda £390,000 kerana membenarkan kesalahan tersebut berlaku.
Dalam kes sebelum ini di Sepanyol, FIFA membenarkan kelab meneruskan aktiviti membawa masuk pemain baru di jendela perpindahan, sehinggalah rayuan kes selesai dilakukan.
Hukuman pergantungan oleh FIFA akan melibatkan dua jendela perpindahan. Namun ia tidak menghalang pemain dari kelab tersebut untuk keluar. Ia juga tidak akan mempengaruhi skuad wanita dan pasukan futsal.