Previu MSL 2019: The Fighters Mahu Gempur, Koloni Semut Merah Pasti Siap Siaga

PKNS FC vs Felda United. Perlawanan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri, berlangsung di minggu ke-6 saingan unifi Liga Super 2019 – yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada malam ini.

Kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan dua mata sesama mereka. Ini sekaligus menjadikan misi tiga mata untuk dijadikan kelebihan satu keutamaan. Apatah lagi dalam kedudukan liga yang sangat rapat selepas lima perlawanan berlangsung sebelum ini.

PKNS FC curi tumpuan

Skuad kendalian Datuk K. Rajagopal adalah antara pasukan yang mencuri tumpuan di saingan Liga Super setakat ini. Dua kemenangan dan dua seri – meletakkan skuad Semut Merah di kedudukan kelima liga – dan berada di atas beberapa pasukan utama yang lain seperti Perak, Terengganu dan juga Selangor.

Walaupun pada awal musim PKNS FC tampil dengan skuad dengan bajet yang lebih sederhana, pujian harus diberikan kepada Datuk K. Rajagopal kerana masih mampu menghimpunkan skuad yang memiliki stabiliti di setiap posisi.

FOTO: PKNS FC
Felda United liat ditumbangkan

Felda United pada musim ini adalah pasukan yang tampil dengan identiti berbeza dengan pasukan pada musim sebelumnya. Dengan pemain yang lebih berpengalaman pada musim lalu, The Fighters tampil dengan corak permainan menarik, free-flowing football.

Nidzam Jamil harus diberikan kredit. Walaupun tanpa nama-nama besar di dalam pasukan, The Fighters tetap melawan dengan identiti bola sepak yang baharu dan bertunjangkan ramai pemain muda. Pemain pertahanan, Anwar Ibrahim dan Zahril Azri misalnya baru mencecah usia 20 tahun. Ia adalah satu perkembangan yang positif bagi skuad Felda.

FOTO: Felda United
Taktikal pasukan

Dua sistem utama yang digunapakai oleh Datuk K. Rajagopal pada musim ini adalah sisem 4-4-2 dan juga 4-1-4-1. Kedua-dua sistem mampu memberi kestabilan kepada PKNS FC. 4-4-2 lebih sesuai sekiranya PKNS FC mahu corak permainan menyerang yang lebih agresif.

Sumber: PKNS FC

Manakala 4-1-4-1 lebih kepada corak permainan berhati-hati, sebelum menggempur lawan menggunakan serangan balas pantas – seperti mana yang dipamerkan ketika menundukkan Selangor 4-0, dan mengikat Kedah 0-0 di Alor Star. Kpah Sherman adalah ancaman utama kepada kubu lawan. Namun kebijaksanaan Akram Mahinan yang merencakan serangan dari bawah turut harus diberikan kredit.

Seperti yang diperkatakan di atas, Felda United tampil dengan identiti bola sepak yang berbeza – berdasarkan kemampuan pemain yang beliau miliki pada musim ini. Sistem 4-3-3 atau 4-2-3-1 adalah pilihan Nidzam, dan kedua-dua formasi ini sebenarnya tidak jauh berbeza. Dua pivot memberikan mereka lebih perlindungan kepada barisan pertahanan.

Foto: Felda United FC

Manakala serangan tiga serangkai membenarkan mereka bermain dengan corak permainan menyerang. Tiada banyak perbezaan dijangkakan dari pasuan Felda dari segi corak permainan berbanding perlawanan lalu. Hadin dan Chanturu akan dijadikan saluran utama psaukan untuk melancarkan serangan di bahagian sayap. Inspirasi dari Hadin tetap terus ditagih. Bukan sahaja tangkas di hadapan gawang, kematangan beliau sebagai kapten turut adalah aset utama Felda.

Ramalan Semuanya BOLA

Berdasarkan prestasi semasa dan kerana beraksi di tempat lawan, kami berpendapat PKNS FC mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan Felda United. Faktor pengalaman pemain dan jurulatih turut mungkin akan memainkan peranan dalam perlawanan ini.

Namun demikian, The Fighters turut melaungkan keyakinan. Walaupun demikian, kami memilih PKNS FC untuk mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 3-1.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit Foto: PKNS FC & Felda United

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN