Chelsea telah dituduh cuba menyembunyikan bintang cilik luar biasa di akademi mereka dengan cara yang kurang disenangi oleh ibunya.
Emran Sagolo Si Wonderkid
Emram Sogolo kini bermain untuk skuad bawah-13 tahun Chelsa. Dia telah menjaringkan 11 gol dan 9 assist hanya empat perlawanan.
Menyedari bakat luar biasa budak tersebut, pengurusan bawah 13 tahun Chelsea dilaporkan menerima arahan untuk menyembunyikan bintang cilik ini daripada perhatian kelab lain di England dan Eropah.
Oleh itu, mereka dilaporkan sengaja mengarahkan Sagolo untuk bermain di posisi lemah untuk memastikan dia tidak menjaringkan lebih banyak gol.
Sagolo hanya bermain posisi utama ketika di pusat latihan. Peraturan yang melarang pemain di bawah umur untuk diberikan kontrak panjang dikatakan antara sebab Chelsea berbuat demikian.
Ibu Mengamuk
Perbuatan Chelsea ini telah mendapat kritikan pedas daripada ibu Sagolo. Bercakap kepada Telefoot, ibunya berkata:
“Saya sudah tidak tahan lagi melihat anak saya yang ‘disembunyikan’ sebegitu.”
Chelsea juga dilaporkan telah menghantar beberapa e-mel kepada kelab-kelab Inggeris yang lain supaya menghormati mereka untuk tidak cuba memancing pemain kidal berbakat besar itu.
Jurulatih Sagolo ketika di Perancis, Tchaga Brice berkata:
“Semua orang tahu dia adalah seorang pemain yang berbakat besar.”
“Dia tahu cara untuk bermain dalam apa jua keadaan. Dia boleh membaca permainan sebelum orang lain. Secara taktikal, fizikal dan mental, dia jauh mendahului budak lain seusia beliau.”
Pandangan Kami
Pada pandangan kami, pihak akademi Chelsea berbuat demikian mungkin atas sebab teknikal seperti mahu memberikan posisi tambahan berdasarkan kemahiran Sagolo.
Ini adalah sedikit sedutan video Sagolo.
Baca juga : Soljabiru FC: Bagaimana Kelab Penyokong Chelsea Malaysia Lahirkan Kelab Bola Sepak Sendiri